CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

12 daripada 56 pelatih lulus bergelar komando PASKAL

20-8-2024 07:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 42383| Komen: 74

 

LUMUT - Seramai 12 daripada 56 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menamatkan Kursus Asas Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang diadakan selama lima bulan di Pusat Latihan Paskal KD Panglima Garang di sini.

TLDM menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, mereka yang lulus menerima Beret Ungu itu terdiri daripada seorang pegawai dan 11 anggota lain-lain pangkat.

Menurutnya, pemakaian beret ungu yang merupakan kebanggaan PASKAL telah dilaksanakan di Pusat Latihan Kemahiran Air, Pangkalan TLDM Lumut dalam Majlis Penutup Kursus Asas PASKAL siri 74/24, di sini pada Sabtu.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy dengan pemakaian beret ungu PASKAL kepada penuntut kursus yang berjaya menamatkan latihan tersebut.

"Penghormatan ini sejajar dengan usaha dan pahit getir yang dilalui 12 orang peserta dalam mengharungi segala ujian demi menjadi salah seorang anggota pasukan elit yang terbaik dan menjadi kebanggaan TLDM.


 

"Setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua peserta yang telah berjaya menamatkan latihan. Semoga dengan kehadiran ahli baharu dalam pasukan elit TLDM ini dapat meneruskan legasi kecemerlangan dan kejayaan serta terus melakar sejarah gemilang di masa hadapan," jelasnya menerusi hantaran yang dikongsikan pada Ahad.

Dalam pada itu, ketika majlis tersebut turut diadakan demonstrasi yang dipertontonkan kepada keluarga yang hadir.

 

Demonstrasi tersebut berkonsepkan daya tahan mental dan keupayaan fizikal anggota yang lulus Kursus Asas PASKAL serta dibantu oleh anggota-anggota Skuadron dalam memeriahkan majlis penutup tersebut.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 20-8-2024 08:05 PM
Gambar 1st tu askar tu kena sebat ke sampai berbirat blkg.....oh my.......ngerinya
Quote otai_g 20-8-2024 08:32 PM
Firenzza replied at 20-8-2024 08:05 PM
Gambar 1st tu askar tu kena sebat ke sampai berbirat blkg.....oh my.......ngerinya

Bnyk untold story dlm Dunia komando ni.

Kalo aku bisa ceritain, paaaaasti kalian tidak akan percaya
Quote miss_white 20-8-2024 08:43 PM
otai_g replied at 20-8-2024 01:32 PM
Bnyk untold story dlm Dunia komando ni.

Kalo aku bisa ceritain, paaaaasti kalian tidak akan perca ...

Cerita je biar org tahu
Quote miss_white 20-8-2024 08:51 PM
otai_g replied at 20-8-2024 01:32 PM
Bnyk untold story dlm Dunia komando ni.

Kalo aku bisa ceritain, paaaaasti kalian tidak akan perca ...

Double
Quote Firenzza 20-8-2024 08:57 PM
otai_g replied at 20-8-2024 08:32 PM
Bnyk untold story dlm Dunia komando ni.

Kalo aku bisa ceritain, paaaaasti kalian tidak akan perca ...

Ce cite......ada persamaan dgn kes bunuh kt upnm tu ke?
Quote Firenzza 20-8-2024 08:59 PM
Habis tu yg 44 lg tu jd apa? Kena buang kah?
Quote dua_chzy 20-8-2024 09:03 PM
Firenzza replied at 20-8-2024 12:59 PM
Habis tu yg 44 lg tu jd apa? Kena buang kah?

Jadi asokar biasa. Bukan komando.
Quote annadonna 20-8-2024 09:07 PM
Siapa yg tembus jadi komando ni mmg hebat. Ini spesis taruk telinga kat tanah dia dah boleh dengar derap kaki musuh. Latihan dorang ni org awam mmg tak boleh tengok. Macam kena dera. Kena rendam, kepala tungging berjam jam. Memang teruk. Ini team berani mati. Memang aset negara.
Quote AJENALI 20-8-2024 09:21 PM
Edited by AJENALI at 20-8-2024 09:31 PM
otai_g replied at 20-8-2024 08:32 PM
Bnyk untold story dlm Dunia komando ni.

Kalo aku bisa ceritain, paaaaasti kalian tidak akan perca ...


Cerita je dulu sis.

nanti terpulang pada kiteorang nak percaya atau tak.

Yang penting cerita dulu

Quote alesandra 20-8-2024 09:24 PM
Tahniah.bukan kaleng2
Quote kotakbaju 20-8-2024 09:27 PM
otai_g replied at 20-8-2024 08:32 PM
Bnyk untold story dlm Dunia komando ni.

Kalo aku bisa ceritain, paaaaasti kalian tidak akan perca ...

Citer ngeri2 ke
Quote mawardia 20-8-2024 09:44 PM
Tahniah.
Among the best elite squads.

Latihan memang gila.
Tu emak/bini tengok demo, demo tu like 0.5% je drpd training navy commando.

Diaorg ni kalis semua benda kecuali ajal dan bini.
Quote bpbbppbp 20-8-2024 09:49 PM
Terfikir jugak, dorang komando ni ada life ke.. duk dlm hutan, laut lme2
Quote AJENALI 20-8-2024 09:51 PM
mawardia replied at 20-8-2024 09:44 PM
Tahniah.
Among the best elite squads.


Ni baru ‘pendahuluan’ kan sistur?

Cerita la lagi, jika tidak membahayakan mana2 pihak


Quote Radzor 20-8-2024 10:53 PM
Edited by Radzor at 20-8-2024 10:55 PM

Komando sume hebat2. Tp paling respek paskal punye, ikat kaki tangan boleh survive dlm air. Kesian peruntukan utk askar2 ciput.

Singapork punye national day showcase. Tgk lanun atas bot tu lari mcmana





[youtube]WWA2JqaPFyQ?si=FBM173H1MZiRniPo[/youtube]
Quote shernazz 20-8-2024 11:52 PM
annadonna replied at 20-8-2024 09:07 PM
Siapa yg tembus jadi komando ni mmg hebat. Ini spesis taruk telinga kat tanah dia dah boleh dengar d ...

Kawan laki iols bekas.komando
Tapi.kalau ada.misi.apa apa mmg akan dipanggil..
Sebab depa ada pengalaman...
Tu yang berharga tu...
Quote tahanie 21-8-2024 12:28 AM
dua_chzy replied at 20-8-2024 09:03 PM
Jadi asokar biasa. Bukan komando.

Tak boleh repeat ye? Selection dia ikut preference ke atau kena pilih by superior?
Quote hashashes 21-8-2024 12:33 AM
Anak ar badul yang meninggal kena tembak masa training tu komando la kan?
Quote sharlenetexas 21-8-2024 12:35 AM
Dulu kat history channel ada tayang pasal latihan komando Malaysia. Masa latihan tu tunjuk mereka semua pakai tights pendek. Tapi sebenarnya ada masanya tak pakai apa2 pun.

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.079849 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top