CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau berani dan rasa anak jantan. Mari sertai askar wataniah - Ashraf Muslim

20-8-2024 07:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41354| Komen: 35

 


Pelakon yang juga Askar Wataniah berpangkat Leftenan, Ashraf Muslim, mengajak orang awam untuk sama-sama menyertai dunia ketenteraan dengan menjadi askar sukarela.

Menerusi video yang dimuat naik ke media sosialnya, Ashraf, 43, menggalakkan orang awam untuk terbabit sama memandangkan banyak kelebihan dan kebaikan bukan sahaja untuk mereka yang menyertai, tetapi juga kepada orang sekeliling dan negara.

"Saya nak beritahu kepada mereka di luar sana yang berminat dengan dunia ketenteraan, askar, senjata dan 'survival', ada ilmu-ilmu itu dan rugi kalau kita tak belajar.

"Bukan suruh jadi askar sepenuh masa, tapi sukarela. Askar sukarela adalah askar simpanan dan ada banyak kelebihan dan kebaikan untuk diri kita, keluarga kita, orang di sekeliling kita, tempat tinggal kita dan akhir sekali, negara kita.


"Jadi, mungkin ada yang di luar sana nak menjadi sebahagian dalam ketenteraan, boleh bersama-sama dengan saya, bersama-sama kami askar wataniah dan sesiapa yang berada di Lembah Klang nak masuk ke 515 (Rejimen 515), saya syorkan datang sebab kita ada latihan," katanya.

Ashraf juga memaklumkan, kini sedang berlangsung beberapa sesi latihan antaranya Latihan Aplikasi Peperangan Konvensional (CW) dan Peperangan Melawan Insurgensi (CIW).


"Contohnya, sekarang kita ada latihan APMS, kita ada buat latihan medan di Bentong. Jadi, sedang dilakukan CIW dan CW. Sangat menarik.

"Jadi, kepada yang berminat, asyik tengok cerita atau main permainan di telefon, apa kata cuba rasa bagaimana. Kalau berani dan rasa anak jantan. Mari sertai askar wataniah," katanya.

Terdahulu, Ashraf ditauliahkan dengan pangkat Leftenan pada Mac lalu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takkizawa 20-8-2024 07:40 PM
Helok jugak pakai uniform mcm ni.
Quote jejaka_hensem 20-8-2024 08:06 PM
Sapa ada anak jantan boleh la suruh dorang join.

Iols bersyukur dilahirkan sebagai seorang lelaki,dah tu hensem pulak
Quote ReginaGeorge 20-8-2024 08:11 PM
Askar atas katil boleh tak
Quote DeLuna85 20-8-2024 08:18 PM
Kalau masuk dari muda dulu kan Best.
Quote Hoola 20-8-2024 08:21 PM
Edited by Hoola at 20-8-2024 10:29 PM

elokla

umat msia ni asyk cita skandal - bini 2,3,4
msg2 nk tjk gagah batin je kan

dgn jnyah durjana tiap hari
dh serupa idup dlm ngara xbertamdun
elok la kmblikan kem kursus knteraan
bg kuat jati diri
dan utk pertahankn ngara

achik muda dulu pun masuk bdn berunifom knteraan di uni
Quote aemon 20-8-2024 08:24 PM
Bekas ahli wataniah 502 hadir
Quote bottompro 20-8-2024 10:05 PM
Heols tasty. Come to me plish daddy hahah
Quote I.K.A888990 20-8-2024 11:56 PM
oh baru tau dia berpangkat leftenan
tu tiber pelik knp dia jadi tetamu podcast ni
Quote sharlenetexas 21-8-2024 12:25 AM
Min malik tu askar wataniah gak ke?

Quote shernazz 21-8-2024 12:30 AM
jejaka_hensem replied at 20-8-2024 08:06 PM
Sapa ada anak jantan boleh la suruh dorang join.

Iols bersyukur dilahirkan sebagai seorang lelaki,d ...

Iols tergelak baca
Hahahahahaha
Quote Hunny_hayati 21-8-2024 12:52 AM
Heoll budak palapes masa uitm dulu..keding jer..bibir merah tu jer laa maintain sampai sekarang.
Quote TerataiMelur02 21-8-2024 06:34 AM
aemon replied at 20-8-2024 08:24 PM
Bekas ahli wataniah 502 hadir

Wah..tahniah aemon.

Ada had umur tak ni? Maklum iols tak lama lagi dah nak masuk 30an
latihan best?
Quote TomyamPuteh 21-8-2024 06:42 AM
Aku pun dh lupa no Askar Wataniah aku. Aku join masa study kt Penang dulu. Time merdeka sempat la 2 kali berkawad kt padang USM tu
Quote haruslah 21-8-2024 07:26 AM
Ramai lelaki bitter kat fb dgn statement dia ni
Quote asfaz 21-8-2024 07:33 AM
Anak ai join wataniah. Aritu cuti sem sebulan training. Jemput amik balik,dah tido. 3hari masuk hutan,tak mandi katanya. Btw anak ai girl .
Quote belacan_gurl 21-8-2024 07:45 AM
Hunny_hayati replied at 21-8-2024 12:52 AM
Heoll budak palapes masa uitm dulu..keding jer..bibir merah tu jer laa maintain sampai sekarang.

Ahaha igt lg masa citer impian ilyana ...dia berlakon kan..masa tu tgk ehh bibir mamat nih mcm Angelina Jolie...Merah plak tu
Quote nisako 21-8-2024 08:11 AM
bagus juga join
Quote ardent91 21-8-2024 08:16 AM
Hunny_hayati replied at 21-8-2024 12:52 AM
Heoll budak palapes masa uitm dulu..keding jer..bibir merah tu jer laa maintain sampai sekarang.

waktu die kat uitm dulu camner? ada org kata die ni cam bengkok.. u tgok camner?

Quote albedah 21-8-2024 08:21 AM
Hunny_hayati replied at 21-8-2024 12:52 AM
Heoll budak palapes masa uitm dulu..keding jer..bibir merah tu jer laa maintain sampai sekarang.

Sapa ni?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051425 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top