|
Pelakon Zara Zya meminta orang ramai mempunyai rasa simpati terhadap golongan selebriti dengan berhenti melemparkan sebarang kecaman. Zara atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 38, berkata, golongan selebriti hanyalah manusia biasa yang tidak menjalani sebarang latihan bagi membentuk ketahanan dari aspek mental seperti dijalani pasukan tentera. “Jadi selebriti, kita tak ada latihan untuk kekuatan mental. “Lainlah kalau askar, memang ada latihan untuk mental dan fizikal. “Jadi, sudah-sudahlah nak cakap, kalau tak tahan kena kecam, jangan jadi artis,” katanya dalam aplikasi X. Dalam perkongsian sama, pelakon drama Risik Pada Hati itu berharap masyarakat mempunyai rasa empati terhadap individu lain terutama golongan selebriti. “Tolonglah ada rasa simpati dan empati terhadap sesama manusia,” katanya.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.084398 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.