CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Juara lompat jauh Olimpik Paris, Tara Davis bahagia bersuamikan atlet kudung kaki

19-8-2024 10:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 44121| Komen: 18


 


WASHINGTON – Juara lompat jauh Olimpik Paris, Tara Davis dan suaminya yang merupakan atlet paralimpik, Hunter Woodhall berkongsi kisah cinta sejak dari bangku sekolah lagi.

Hunter lahir lemah fibula, menyebabkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong apabila dia berumur 11 tahun.

Dilahirkan di Georgia,  Hunter  berpindah randah beberapa kali semasa zaman kanak-kanak sebelum menetap di negeri Utah.

Dia menunjukkan bakat awal dalam acara trek dan balapan. Hunter berkenalan dengan Tara di sebuah kejohanan di Idaho dalam tahun 2017.

Hunter berkata, dia telah jatuh cinta pandang pertama dan memberitahu rakan-rakan bahawa wanita tersebut adalah cinta sepanjang hayatnya.

Tara  datang kepada Woodhall dan memberikannya pelukan. Mereka berhubungan di media sosial dan mula berkasih pada Jun 2017, lapor USA Today.


Pada temu janji pertama mereka, Hunter memandu selama dua jam ke tempat latihan Tara di California.

Pasangan itu mendedahkan hubungan cinta mereka kepada umum sebulan kemudian.

Hubungan mereka menjadi percintaan jarak jauh selepas Hunter memasuki Universiti Arkansas dan Tara pula belajar di Universiti Georgia dengan jarak 11 jam pemanduan.

Dalam satu temu bual bersama majalah Elle pada 2021, Hunter berkata, mereka mengekalkan perasaan cinta melalui komunikasi, kepercayaan dan kesabaran.

Kata Tara pula, mereka juga bertengkar seperti pasangan lain tetapi mengambil pengajaran daripada itu untuk menjadi lebih matang dalam bercinta.

Pada musim panas 2021, kedua-duanya pergi ke Tokyo untuk bertanding dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Tara mendapat tempat keenam dalam acara lompat jauh, manakala Hunter menang gangsa acara larian 400 meter.

Ia adalah Olimpik pertama Tara dan Paralimpik kedua buat Hunter selepas menang satu  pingat gangsa dan satu perak di Rio de Janeiro dalam tahun 2016.

Sebulan selepas Olimpik Tokyo 2020 berakhir, pasangan itu pergi bercuti ke Mexico di mana Hunter melamar Tara.

Mereka berkahwin di Texas pada Oktober 2022. – AGENSI  

Sumber: KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 19-8-2024 11:08 PM
Ingatkan oscar petorius south african tadi.

Quote dua_chzy 19-8-2024 11:46 PM
Sah2 la bahagia dah good looking camtu.
Quote botok 19-8-2024 11:46 PM
Hunter tgh viral pasal video depa masa Tara compete long jump dan menang gold medal. Kira mcm sweet, supporting couple lah...

Tara Davis tu tinggi 5'4" aja tapi lompat kemain jauh...
Quote sukacactus 20-8-2024 06:35 AM
Seronok tgk video lakinya very supportive masa event si wife
Quote Cekgushilla 20-8-2024 06:49 AM
Laki dia tu pon atlet paralimpik
Bukannya kudung yg dduk mintak sedekah nun
Haruslahh bahagia
Quote I.K.A888990 20-8-2024 08:20 AM
tau psl dorang ni pun sbb viral video tara dpt gold tu.
ni laki pulak nak start dah sukan paralimpik
layan jugak tgk reels psl dorang ni
Quote Suchi 20-8-2024 08:27 AM
Kat barat, oku selalu mudah dapat jodoh
Kat malaysia tak ramai nk kahwin ngn oku
Quote prince_marhaen 20-8-2024 09:17 AM
kaki je kudung, ciknek ada, lutut nak goyang pun ada.....why bother khensss....
Quote naina 20-8-2024 10:30 AM
Suchi: Kat barat, oku selalu mudah da ...


Barat kudung2 pun body sedap chuols. Muka smart kemas. Sini kudung terus minta sedekah. Ada je yang ok cuma tidak femes. Sekolah sini ada cikgu laki kaki sebelah pendek bengkok jalan mestilah xbetol tapi laku je sebab kerja elok perangai elok. Dah kerja cikgu tapi buat lagi side income kereta sewa.
Quote supernaturalee 20-8-2024 11:15 AM
prince_marhaen replied at 20-8-2024 09:17 AM
kaki je kudung, ciknek ada, lutut nak goyang pun ada.....why bother khensss....

six packs lg tu
ciknek pun tah2 pastisenak



Quote Skuau 20-8-2024 12:40 PM
Suchi replied at 20-8-2024 08:27 AM
Kat barat, oku selalu mudah dapat jodoh
Kat malaysia tak ramai nk kahwin ngn oku

"dia worang mok kawen sama kita la kaka..kita romantik la"-Abangla
Quote L.U.S.M 20-8-2024 12:42 PM
Hahahah kelakar komen2 acik forum..
Quote JunkMail 20-8-2024 12:51 PM
Kudung2 pun atlet bukannya bini nya kena dukung bawak pergi toilet bagai.
Quote Suchi 20-8-2024 01:46 PM
Skuau replied at 20-8-2024 12:40 PM
"dia worang mok kawen sama kita la kaka..kita romantik la"-Abangla

Bangla wat pe,
Iols mengarahkan wajib semua lelaki yg ada tolonglah kahwin ngn mana2 oku
Ini arahan jgn sapa2 nk ingkar
Quote bbalik 20-8-2024 02:30 PM
kudung pun tengok la pax2 yg kelihatan
leluhur tercinta kalu kudun, mau dok kakilima pegang kole
Quote babyLON. 20-8-2024 11:27 PM
Kaki ja kudung tapi tgk la badan mengalahkan org berkaki.
Quote Cekgushilla 20-8-2024 11:38 PM
Edited by Cekgushilla at 20-8-2024 11:40 PM

Sebenarnya byk je peluang utk OKU2 ni dlm sukan
Cthnya budak skola meols derjah 6 baru setel kat OKU masalah pembelajaran masuk PPKI trus jd wakil daerah utk olahraga PPKI peringkat negeri
Kalau mak dia berkeras tanak buat kad hmm tak jd apa la budak tu
Skrg ni classmate lama dia smua jeles kt dia sbb wakil daerah hehehe
Kalau la dia mantain perform dlm sukan boleh gnti la latif romly ke haha dato dh dia tu kan
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:03 PM
-----

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.058191 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top