CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar! Mayat dua wanita ditemui dalam longkang

19-8-2024 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 47404| Komen: 104

 


ALOR SETAR – Mayat dua wanita ditemui dengan kesan kecederaan di dalam longkang belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini petang tadi.

Mayat kedua-dua mangsa yang lengkap berpakaian itu ditemui bersebelahan satu sama lain.

Salah seorang mangsa dijumpai dalam keadaan terlentang, manakala seorang lagi tertiarap.

Dua mangsa itu dikatakan mempunyai pertalian keluarga.

Tinjauan mendapati anggota forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Siasatan di tempat kejadian selesai kira-kira pukul 8.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Salawati Saad mengesahkan penemuan dua mayat itu dan kenyataan berhubung kejadian akan diberikan dalam tempoh terdekat.  

Sumber: KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 19-8-2024 10:37 PM
Mcm dh x selamat dh skrg byk case pelik2. Make sure kita semua switch on track my device in case kalo kita hilang senang waris atau pihak berkuasa cari
Quote bpbbppbp 19-8-2024 10:43 PM
Bangunan terbiar ni elok dirobohkan je. Mulalah nnti jdi port dadih lah, port2 x elok. Innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote PULANGKAN 19-8-2024 11:09 PM
sekarang ni setiap hari 2 berita ni

1 - Orang mati kena bunuh. macam kes ni, plural. orang-orang mati kena bunuh

2 - orang hilang, ghaib, lesap
Quote bitterchoc 19-8-2024 11:15 PM

Makin teruk kes jenayah. Oh my Malaysia.
Quote terma2nkondisi2 19-8-2024 11:17 PM
dah jadi satu kelaziman pulak berita2 bunuh dan hilang sekarang ni
Quote Cyempaka 19-8-2024 11:18 PM
Hari2 jumpa mayat
Kat fb tgk acik2 Sungai Petani dok gosip cakap rohingya yg buat. Kena tangkap dah.. babilah kalau betul
Quote jejaka_hensem 19-8-2024 11:19 PM
Semua salah vaksin
Quote grouper 19-8-2024 11:37 PM
Lepas vaksin klau x kena sakit pelik2 maybe jadi mangsa bunuh ngan org rosak otak
Quote dua_chzy 19-8-2024 11:39 PM
Kalau baca berita kat CI ni ja, rasa macam Mexico sangat Malaysia ni.

Tapi kalau jalan2 kat luar tu, takda la rasa teruk tak selamat sangat.
Quote dua_chzy 19-8-2024 11:44 PM
Sex workers?
Quote dua_chzy 19-8-2024 11:45 PM
Oh ada pertalian keluarga.

Apa la jadik sampai end up dibunuh.
Quote Manjahati 19-8-2024 11:48 PM
Senang2 je bunuh dua org sekali..menakutkan betul skrg ni
Quote Orix 20-8-2024 12:00 AM
Petanda negara dlm keadaan teruk jenayah berleluasa…..
Quote bro_kr 20-8-2024 12:27 AM
dua_chzy replied at 19-8-2024 11:45 PM
Oh ada pertalian keluarga.

Apa la jadik sampai end up dibunuh.

Suspect dah kena tangkap dan reman. Pemegang kad UNHR dari Myanmar (Rohinga). Kena tangkap berkelana di Masjid dgn anak perempuan (tengok gambar umur dalam 4 tahun gitu).

Kerjaya - minta derma / duit dari public.

Yang kena bunuh - isteri dan anaknya.

Sumber X
Quote dua_chzy 20-8-2024 12:36 AM
bro_kr replied at 19-8-2024 04:27 PM
Suspect dah kena tangkap dan reman. Pemegang kad UNHR dari Myanmar (Rohinga). Kena tangkap berkela ...

Dah kenapa wartawan guna 'wanita' untuk budak pompuan kecik jika yang mati tu, anak umo 4 tahun.

Takziah...Tak tau nak komen apa. Maybe lagik bagus mangsa2 ni mati daripada hidup terseksa dengan jantan syaitan bajingan sebegitu.
Quote bro_kr 20-8-2024 12:42 AM
dua_chzy replied at 20-8-2024 12:36 AM
Dah kenapa wartawan guna 'wanita' untuk budak pompuan kecik jika yang mati tu, anak umo 4 tahun. : ...

Yang kena bunuh tu anak pompuan dia yg dewasa (wanita).

Masa kena tangkap dia melilau dgn anak perempuan dia yg 4 tahun (hidup).
Quote ninja boy 20-8-2024 01:12 AM
Pusing2 wanita dan anak kena bunuh
Quote ina_na 20-8-2024 01:25 AM
Isteri dia dpt kutip duit derma skt ke..kat tempat aku ni...pernah terserempak jenis mcm ni tukar duit derma...dgr dia citer Gan staff farmasi hampir setiap hari hasil kutipan derma dpt dekat 4-500... Rm50 guna tuk makan mlm anak bini tuk ari ni n esok...baki simpan dlm tabung...kaya2... Elok pulak jalan keluar dr farmasi petang tu...sll tgk mintak derma mcm cacat je kaki tu..pakai kaki palsu cacat ke agaknye
Quote MissYouSayang 20-8-2024 01:29 AM
Tacodnyeeh hidup di zaman madanon nih

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.044989 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top