PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan ucapan yang dibuat semasa berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang baru-baru ini tidak bermaksud untuk menghina institusi raja. Muhyiddin dalam satu hantaran berkata, kenyataan itu adalah berdasarkan fakta bukannya bertujuan untuk menimbulkan kecenderungan menghasut. “Saya percaya kenyataan saya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara. “Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjelaskan fakta-fakta berkaitan kenyataan saya,” katanya hari ini.
Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan atas tindakan Muhyiddin yang secara sengaja mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong. Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Al-Sultan Abdullah yang melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10. Sumber: KOSMO! ONLINE. |
bpbbppbp replied at 19-8-2024 10:47 PM
Tulahh,, tgk xde mengina pun kenyataan tu. Xde guna perkataan kesat ke apa
manopBKK replied at 19-8-2024 11:28 PM
Ngok.. Ini bukan isu perkataan. Si cirit ni tak ada sokongan secara en-bloc utk jadi PM. Itu fakta ...
ADVERTISEMENT