BRASILIA – Seorang pesohor media sosial di Brazil mengundang kecaman orang ramai yang memintanya mendapatkan rawatan selepas dia memuat naik klip video menggunakan najis sebagai topeng muka, lapor stesen penyiaran NDTV. Wanita bernama Peixoto berusia 31 tahun itu mempunyai lebih 658,000 pengikut di laman Instagram. Menerusi rakaman yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya baru-baru ini, Pexioto dilihat menyapu najis itu ke seluruh muka sambil mengepit hidungnya dengan penyepit pakaian untuk melawan bau ‘busuk’. Dia membiarkan topeng muka itu selama beberapa minit sebelum mencucinya dengan air. “Ia berkesan untuk saya dan kulit saya tidak lagi mengelupas!” kata Peixoto. Peixoto berkata dia mencuba ‘topeng najis’ selepas membaca di internet bahawa ia dapat ‘mencegah penuaan’.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan mendapat lebih 450,000 tontonan dan 1,010 komen. “Pesohor menjadi terlalu melampau di internet. Ini membimbangkan,” kata seorang netizen. “Inilah punca makhluk asing tidak mahu bercakap dengan manusia,” sindir netizen lain. – AGENSI Sumber: KOSMO! ONLINE. |
ADVERTISEMENT