CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular video askar bawa geng belasah polis yang berkawal di sebuah pos keselamatan

19-8-2024 10:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36119| Komen: 9

 


JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan kejadian anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) membelasah dua anggota polis yang berkawal di sebuah pos keselamatan, lapor laman berita Detik.

Kejadian berlaku di Simpang Dam, Batam, dalam wilayah Riau pada Khamis lalu.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), seorang lelaki memakai pakaian seragam tentera turun dari sebuah kereta bersama tiga individu lain.

Mereka menghampiri dua anggota polis yang berkawal di pos PAM Simpang Dam, lalu membelasah kedua-dua mangsa.

Salah seorang daripada kumpulan tersebut turut dilihat mengambil sebilah parang dari dalam kereta sebelum dua anggota polis itu melarikan diri.


Panglima Daerah Tentera (Dandim) 0316/Kolonel Batam, Inf Rooy Chandra Sihombing berkata, selepas disiasat, pihaknya mendapati anggota TNI terbabit dikenali sebagai AP.

Menurutnya, seorang rakan mengadu kepada AP bahawa dia diganggu oleh sekumpulan penduduk di Simpang Dam.

AP yang memakai pakaian seragam, dan tiga rakannya kemudian pergi ke lokasi tersebut untuk memukul individu yang dimaksudkan.

“Dua anggota Polis Sektor Sei Beduk secara tidak sengaja turut menjadi sasaran,” kata Rooy.

Ujarnya, AP telah ditahan Jumaat lalu dan ketika disoal siasat, lelaki itu mengaku tindakan tersebut dilakukan secara spontan.

AP kini ditahan dan akan dihukum mengikut undang-undang tentera.

Rooy berjanji untuk memastikan bahawa pelaku akan dikenakan tindakan tegas susulan perbuataannya. – AGENSI 


Sumber: KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 19-8-2024 11:15 PM
Menurutnya, seorang rakan mengadu kepada AP bahawa dia diganggu oleh sekumpulan penduduk di Simpang Dam.


nak speku boleh

polis dah lama buat hal. salah guna kuasa. tindas orang awam
pada suatu hari (fefeeling citer sang kanchil pula), pak polisi tersebut salah cuit orang. dan orang tu tersebut kenal AP, unit beruniform juga

"Cuit" tersebut mungkin lebih daripada yang kita bayangkan. Hanya yang terlibat tau.

maka jadi la adengan keroyokan. sekian
Quote sayurmayur88 20-8-2024 07:23 AM
berita dari konoha
Quote slyfynx 20-8-2024 09:06 AM
Tag la antarabangsa.
Haish, dah tua-tua pun B lagi.
Quote supernaturalee 20-8-2024 09:16 AM
slyfynx replied at 20-8-2024 09:06 AM
Tag la antarabangsa.
Haish, dah tua-tua pun B lagi.

dah T pun B


bukan top dgn bottom tau
kot slh faham



Quote Samerosie 20-8-2024 01:57 PM
oh so rupanya Axia 2023 copy design Toyota....
Quote Lulu_717 20-8-2024 03:58 PM
ingatkan kt malaysia..ceh
Quote manehnya 20-8-2024 04:00 PM
yindon buat apa
Quote sharlenetexas 20-8-2024 05:10 PM
Saudara mara friskis trisnot nusibatraya?

Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:05 PM
-----

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.151456 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top