CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang ramai gesa imigresen gempur Taman Sri Muda - "Dah macam negeri asing di bumi sendiri”

19-8-2024 09:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32885| Komen: 1

 


PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) digesa supaya menggempur Taman Sri Muda susulan kes seorang pekerja wanita di sebuah rangkaian kedai aiskrim ditikam lelaki warga Pakistan ketika menyamun, baru-baru ini.

Rata-rata orang ramai di media sosial terutamanya penduduk di Shah Alam, turut menyatakan kerisauan dan mendakwa kawasan berkenaan semakin padat dengan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Bila agaknya imigresen nak serbu Taman Sri Muda tu. Dah macam negeri asing di bumi sendiri,” kata seorang pengguna.

“Kalau Taman Sri Muda memang bersepah la warga asing,” kata Mohd Suhaimi Osman.

“Kat sini kalau gempur, rasanya berapa trak boleh angkut PATI,” ujar seorang lagi pengguna.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, pekerja wanita yang berumur 21 tahun itu cedera selepas ditikam mengggunakan pisau pemotong kertas dalam kejadian pukul 11.30 pagi, Isnin lalu.


Hasil maklumat membawa kepada penahanan suspek di rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Puncak Alam, Kuala Selangor, pukul 4.15 petang Jumaat lalu, selain senjata yang digunakan ketika kejadian turut dirampas.

Suspek kemudiannya ditahan reman selama lima hari bermula Sabtu lalu sehingga 21 Oktober ini. 

Sumber: KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:05 PM
-----

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.029443 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top