CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Guru Besar Menangis Terharu, Dapat Hadiah Mempelam Dari Anak Murid Sewaktu Majlis Perpisahan

19-8-2024 07:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40237| Komen: 48

 


Seorang guru tidak dapat menahan sebak setelah menerima hadiah berupa beberapa biji mempelam daripada seorang anak muridnya yang juga merupakan seorang anak yatim.

Menurut hantaran di laman TikTok zamrimatkl, pelajar tersebut juga berasal daripada keluarga yang susah namun sangat menyayangi bekas gurunya itu.


Lebih menyentuh hati, dalam video tersebut boleh dilihat kedua-dua guru dan juga pelajar tersebut menangis sambil berpelukan. Difahamkan, pelajar tersebut memberikan hadiah kepada mantan guru besarnya itu sempena majlis perpisahan.

“Juraian airmata menjadi saksi kasih seorang mantan Guru Besar dan perasaan sayang dari anak-anak SK Seberang Marang yang dipupuk sepanjang enam tahun berkhidmat.


“Kisah seorang anak yatim begitu menyentuh hati dengan memberikan hadiah perpisahan beberapa biji buah mempelam (seadanya) kerana dia tahu itulah buah kegemaran mantan guru besar yang disayangi,” kata Zamrimatkl dalam ruangan kapsyen.

Tambah Zamri, guru tersebut juga merupakan seorang yang sangat prihatin terhadap anak muridnya ketika berada di sekolah.

Dalam ruangan komen, para netizen turut menyatakan rasa hiba masing-masing ketika menonton video berkenaan.

“Ini mesti cikgu yang baik, syabas cikgu,” kata Mat Syah.

“Mesti hadiah buah mempelam itu akan diingati sampai bila-bila,” kata Daisya.

Sumber: Lobak Merah

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 19-8-2024 07:16 PM
Eh vavi laaaaaa...
Aku tak tgk pun lagi video tu, aku dah start nangis. Tekan play je dgn lagu arwah Sudir plk, meraung2 aku nangis... Sabar ye dik... Belajar rajin2 tau, and contact GB tu balik bila dah berjaya .
Quote maichequit 19-8-2024 07:26 PM
[em:9:][em:9:][em:9:]
sedih pedih hati tgk.
Quote fattymah 19-8-2024 07:34 PM
Sapa potong bawang niii
Quote emera 19-8-2024 09:09 PM
Menyampah!!!!!!



Nangis aku dibuatnye

Quote noor2 19-8-2024 09:14 PM
Sebak lepas baca...
Quote noor2 19-8-2024 09:16 PM
Dia peluk anak murid dia mcm peluk anak sendiri...nampak ikhlas sgt
Quote lilacomot 19-8-2024 09:18 PM
Mesti cikgu ni baik sgt ngn bdk ni... Susah pun sanggup bg cikgu mempelam.... Sedihhh iols
Quote bitterchoc 19-8-2024 09:18 PM

Oi apa nih. Hilang macho aiols.

Harap adik nih diberikan rezeki yang mencurah2 dan kemudahan dalam semua urusannya dunia akhirat. Selamat berjaya dik.
Quote delia3003 19-8-2024 09:25 PM
Banyak sangat kisah kanak² ka CI semenjak 2 menjak ni. Kes dera,SA dan bunuh, anak yatim. Boleh kemurungan macam ni.

Semoga adik ni sentiasa dalam rahmat Allah, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Amiinn.
Quote cmf_jeangrey 20-8-2024 03:01 AM
Mungkin mempelam tu adlh yg paling sedap di dunia buat cikgu tu

Semoga adik ni berjaya dlm hidup

Quote sayurmayur88 20-8-2024 07:24 AM
iolls terkesan tgk video ni...semoga adik ni berjaya dalam kehidupan...aamiin
Quote Moyangkucing 20-8-2024 07:41 AM
Kasih sayang yg ikhlas antara kedua2 guru dan murid. Sebak hati membacanya
Quote Tiggybiru 20-8-2024 08:32 AM
Aku pun sebak
Quote plasminas 20-8-2024 08:43 AM
sebak la pulak pagi2 ni
Quote dealova04 20-8-2024 09:06 AM
x silap katanya adik ni anak yatim. so GB ni mmg prihatin dgn adik ni. tu yg mereka rapat. adik ni sedih sgt maybe dia ingat dh xde yg syg / caring dia lagi. maybe GB ni mcm father figure bg adik ni .
Quote hijau_serindit 20-8-2024 09:06 AM
tak pasal dah pagi2 ni. mesti GB ni sangat2 baik dengan anak murid. sedihhhh bila GB dah nak bersara.
Quote supernaturalee 20-8-2024 09:21 AM
eh igtkan kt luar je hujan
pehal hujan dlm opis jgk ni




Quote afie_m 20-8-2024 09:24 AM
mula2 tgk kat TT, menangis aku weiii
Quote girlfridayz 20-8-2024 09:50 AM
hadoiiii sape plak potong bawang kt opis nihhhhh!!!

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048895 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top