KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal Syamsul Yusof, 40, didakwa sudah memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini. Sumber Harian Metro berkata, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka. "Sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan mereka," katanya. Terdahulu, pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan ini. Bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak. Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu. Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Sumber: Berita Harian |
cicicumel replied at 19-8-2024 06:12 PM
So she x pregnant lah kot?
azimie replied at 19-8-2024 06:18 PM
baru aku baca kat ats td kata ira kazar cantik bak wanita turkey..
sbnrnya tula hint sorg mak janda, ...
ADVERTISEMENT