CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Athira Yuhada Tak Minat Nak Jadi Penyanyi - "Saya Tidak Berminat Untuk Jadi Penyanyi. Saya Anggap Ini Hanya Hobi Sahaja"

19-8-2024 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16800| Komen: 15

 


Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Athira Yuhada memberikan respon mengenai dakwaan yang mengatakan dia kini berbadan dua.

Respon Athira, dia tidak ingin memberikan sebarang komen namun berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami tersayang.

"No komen. Pasal anak saya tidak mahu komen. Doakan yang baik-baik sahaja."

Dia memberikan jawapan berkenaan ketika ditemui di Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2024 di PJPAC, semalam.

Difahamkan wanita itu mendapat Sijil Kemahiran Malaysia kategori nyanyian dan pernah menyertai pasukan Koir Kebangsaan selain bergelar tenaga pengajar di Permata Seni Koir sejak lima tahun lalu.

Ditanyakan tentang jika ada perancangan untuk menjadi penyanyi Athira berkata dia tidak berminat kerana lebih selesa menjadi tenaga pengajar.


"Tidak. Saya tidak berminat untuk jadi penyanyi. Saya anggap ini hanya hobi sahaja. Hafidz juga tidak mendesak saya untuk jadi penyanyi atau apa. Dia hanya menyokong minat saya."

Sementara itu, Hafidz Roshdi turut hadir meraikan kejayaan isteri itu.

Sekadar info, Hafidz dan Athira selamat mendirikan rumah tangga pada 16 Disember tahun lalu.

Sumber: Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 19-8-2024 12:35 PM
Kau nyanyi lagu apa dekkkk? Do you wanna buila a snow mannnnnnn……..,ke?
Quote sangbara2020 19-8-2024 03:33 PM
jgn war2kan klu berbadan dua...ada mata2 yg sakit hati nanti
Quote brunette 19-8-2024 07:07 PM
Nak ikut jejak mak sedara dia kot.
Quote fadz84 19-8-2024 07:33 PM
brunette replied at 19-8-2024 07:07 PM
Nak ikut jejak mak sedara dia kot.

Anak buah tok pinaz kan?
Quote Carcosa 19-8-2024 07:48 PM
Gambar baju biru tu mcm Kakak dgn adik.
Muka tua si MKL ni. Sorry.
Quote ReginaGeorge 19-8-2024 08:57 PM
Dah sah pun laki bini. Kalau berisi apa salahnya.
Quote ashilalat 19-8-2024 09:17 PM
Kuda pujaan acik acik forum...
Quote basikalmudanya 19-8-2024 09:29 PM
makneng replied at 19-8-2024 12:35 PM
Kau nyanyi lagu apa dekkkk? Do you wanna buila a snow mannnnnnn……..,ke?

ASTAGHFIRULLAH rasa berdosa aku kalau gelak
Quote karipap_sadin 19-8-2024 09:31 PM
jgn snasib dgn IK dah lah
Quote caramello 19-8-2024 09:59 PM
Dh aku terbayang olaf yg menyanyi
Quote brunette 20-8-2024 12:10 AM
fadz84 replied at 19-8-2024 07:33 PM
Anak buah tok pinaz kan?

Haah
Quote annadonna 20-8-2024 12:34 AM
Jadi pensyarah ajelah mcm syafinaz. Dgn muka so so and reputasi tercalar pintu industri dah tertutup untukmu
Quote ardent91 20-8-2024 08:12 AM
Carcosa: Gambar baju biru tu mcm Kakak dgn adik.Muka tua si MKL ni. Sorry.


sama mcm yg aku pikirkan.. aku pown tgok muka minah ni nampak lebih matured dari tok laki dier.. ke ataupown sbb mmg tok laki die muka boyish? ko nampak mcm kakak ngan adik, tp aku pulak tgok mcm mak ngan anak sulong kot...
Quote eyansss 20-8-2024 07:22 PM
no matter how hard minah ni try n tak kisah la sehauk mana apis dengan bekas bini dia, aku tetap tak suka sebab penyondol hauk gila babeng…
Quote ctnorpropa 20-8-2024 07:24 PM
Aiyoo skrg bini retis pun boleh masuk bodgos ya. Boringgggggg

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-9-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.133634 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top