CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ucapan sentuh 3R, Muhyiddin dipanggil beri keterangan Selasa ini

19-8-2024 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14479| Komen: 6


 


KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipanggil memberi keterangan Selasa ini berhubung ucapan beliau yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Nenggiri, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata setakat ini pihaknya sudah menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.

"Kita memanggil beliau untuk tampil beri keterangan pada 20 Ogos ini bagi membantu siasatan," katanya kepada BH.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menerusi hantaran di laman Facebook semalam, telah menzahirkan perasaan kecewa serta terkilan dengan kenyataan Muhyiddin dan memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.


Sumber: Berita Harian




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jebatmaspunyer 19-8-2024 01:52 PM
Dia silap usik sultan ni.. Sultan Pahang ni kan ada softspot di hati rakyat Malaysia sbb nmpak approachable, x sombong. Bukan rakyat Pahang jer suka. Y sepanjang iolls observe lah.
Quote bbalik 19-8-2024 02:05 PM
kalu ko sebut J je takdak sapa hairang....
tp si sembab nih boh le kat dalam..
wat semak negara
dolu ms muntri keyydeyyEnd kemain dok kanker cm nak mati sangat2
Quote caprisonne 19-8-2024 02:51 PM
Habis la yidin.. dah la sultan Pahang masa jadi agong mmg baik dgn PMX.. antara yidin dgn Sultan Pahang sah2 la kita side Sultan Pahang
Quote lilacomot 19-8-2024 09:34 PM
Nasib ko lah abah kau... Xde sapa nk bekap
Quote manop 19-8-2024 10:48 PM
[twitter]https://twitter.com/adamyusuf88/status/1825430997669978506?s=61[/twitter]
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:07 PM
------

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.037434 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top