CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singapura akan bina Kolej Pengajian Islam lahirkan pemimpin Islam masa depan - PM Wong

19-8-2024 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14338| Komen: 7

 

SINGAPURA: Singapura akan membina Kolej Pengajian Islam Singapura untuk melahirkan pemimpin Islam di negara itu pada masa depan, kata Perdana Menteri Lawrence Wong.

"Saya akan umumkan butirannya kelak," katanya dalam Bahasa Melayu pada Rapat Hari Kebangsaan 2024 (NDR 2024) sulungnya selaku Perdana Menteri hari ini.

Menurut The Straits Times (ST), idea penubuhan kolej itu ditimbulkan buat kali pertama pada 2016 oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam ketika itu, Dr Yaacob Ibrahim.

Sementara itu, Wong yang juga Menteri Kewangan turut mengiktiraf sumbangan dan kerjasama pemimpin serta keseluruhan masyarakat Melayu Islam di republik itu yang menyumbang kepada kejayaan Singapura dalam pelbagai bidang.

"Ini termasuk meningkatkan pencapaian pendidikan, membanteras fahaman radikal dan keganasan, serta usaha memperbaiki kehidupan golongan yang memerlukan. Kita telah menangani isu-isu ini dengan telus dan berani," katanya.


Selaku Perdana Menteri, Wong berkata beliau komited untuk meneruskan kerjasama yang kukuh antara kerajaan dan masyarakat, selain menghargai semua maklum balas dan pandangan yang diberikan.

Beliau turut memberi jaminan akan terus mendampingi komuniti itu ke arah mencapai visi Masyarakat Gemilang.

"Saya akan pastikan semua anggota masyarakat Melayu-Islam meraih manfaat daripada kemajuan negara kita. Saya juga akan sokong anda dalam usaha membina sebuah masyarakat Melayu Islam yang moden, lagi progresif tetapi masih mengekalkan adat resam dan cara hidup anda yang tersendiri," katanya.

NDR diadakan sempena Hari Kebangsaan Singapura ke-59. Ia diadakan dalam tiga segmen iaitu Bahasa Melayu, Mandarin dan Bahasa Inggeris. - BERNAMA


Sumber: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nad014 19-8-2024 08:42 AM
bau - bau ikan
Quote forum5290 19-8-2024 02:38 PM
Sesuatu sgttttt......
Quote sapeka 19-8-2024 02:52 PM
Ye la tu
Quote tungkai 19-8-2024 03:18 PM
Try promote Jawi kat sana. Musti ada yg menggelupur..
Quote Farnor 19-8-2024 03:25 PM
Nak bg menunggang atau boneka jak? Lain mcm saja..
Quote clueless_gamer 23-8-2024 10:21 AM
nak ambik hati je ni.. dulu pun bersongkok masuk kampung melayu kan pasal nak cari undi kan?.. hehe

negara jiran mmg kuat sokong palestin, dia pulak tak boleh ikut tp sbb nak cover line dari di cop tuuuutttt

rakyat dia pun ade juga nak follow kita, tp terkandas jua sbb byk restriction..

nak potong korban pun tak boleh  open ye.. kena ikut abattoir konon lagi bersih.. okaylah tu be fair

so, yeah, lebih nak cool down the heat je ni..

sekadar speculation je, jangan marah ye..
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:08 PM
------

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.043934 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top