Tular di media sosial baru-baru ini apabila satu video memaparkan seorang guru tahfiz dilihat sedang membuat siaran langsung bersama anak-anak yatim dan juga wanita seksi. Difahamkan, mereka sedang melakukan pertandingan ‘Player Knockout’ (PK) yang digemari pengguna TikTok di mana masing-masing bersaing antara satu sama lain bagi mendapatkan wang menerusi ‘gift’ yang diberikan penonton. Namun, apa yang menjadi kekesalan adalah apabila guru tahfiz yang membawa imej agama Islam itu tergamak menggunakan anak-anak yatim dengan cara sebegitu. Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya mengecam tindakan guru tahfiz itu yang dianggap seperti menunggang agama dan memanipulasi anak yatim. Malah, ada yang meluahkan rasa simpati dengan keadaan anak-anak yatim yang hanya mengikut arahan guru mereka. Sumber: Beautifulnara |
sambaldurian replied at 19-8-2024 08:40 PM
Aku skeptikal dgn tabung tahfiz , yg budak2 kena berdiri kt pasar malam, pasaraya ke, kedai ke. Ada ...