CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusat spa, rumah urut digesa tingkatkan kebersihan

19-8-2024 07:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26562| Komen: 10|Original author: maklukpenggoda






Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa bersiap sedia melalui pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan mpox termasuk meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa.

Ini susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (Public Health Emnergency of International Concern - PHEIC) untuk kali kedua pada 14 Ogos lepas.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebelum ini mpox diisytiharkan sebagai PHEIC buat kali pertama pada 23 Julai 2022 dan berakhir pada 11 Mei 2023.

Semua pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan mpox perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan mpox bagi tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

Semua pengamal perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta juga perlu memberikan notifikasi kes disyaki dan kes yang disahkan mpox dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan.

Menurut KKM, pengamal perubatan boleh merujuk kepada garis panduan "Guidelines on mpox management in Malaysia 2023" di laman sesawang portal rasmi KKM di www.moh.gov.my.

Selain itu, langkah lain diambil adalah memastikan makmal bagi pengujian dan diagnostik bersedia serta mempertingkatkan aktiviti kesedaran mpox dan edaran bahan pendidikan kepada kumpulan berisiko dengan kerjasama badan bukan kerajaan di lokasi yang dikenal pasti seperti spa dan sauna.

Buat masa ini terdapat 10 makmal yang menjalankan ujian PCR bagi tujuan pengesahan termasuk dua makmal swasta.

KKM memaklumkan akan memastikan premis-premis yang menyediakan perkhidmatan melibatkan kontak kulit dengan pelanggan seperti spa, urutan dan lain-lain aktiviti berisiko untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di samping memastikan tiada pekerja atau pelanggan di premis berkaitan mengalami gejala atau menunjukkan tanda mpox seperti ruam atau lepuh pada kulit.

"Sekiranya terdapat pekerja atau pelanggan yang mempunyai gejala itu mereka perlu segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan," menurut kenyataan itu.

KKM akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk hospital serta klinik swasta dalam pemantauan, pengesanan dan penjagaan klinikal kes mpox secara bersepadu.

Pengisytiharan kali kedua itu dibuat berdasarkan nasihat Jawatankuasa Kecemasan IHR dengan menekankan penularan strain mpox baharu iaitu clade 1b yang lebih pantas di Congo dan negara-negara jiran di rantau Afrika.

Peningkatan kes di Congo amat ketara dengan lebih 15,600 kes dan 537 kematian dilaporkan pada 2024, melebihi jumlah tahun sebelumnya.

Selain itu, terdapat empat negara di Afrika Timur yang melaporkan kes mpox buat kali pertama iaitu Burundi, Kenya, Rwanda dan Uganda.

Sumber : Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 19-8-2024 01:01 AM
Astaghfirullah gambar hiasan
Quote shamsadis 19-8-2024 08:14 AM
halang kemasukan sementara warga asing dari negara berjangkit, sehingga jangkitan hilang.
Quote Ytee 19-8-2024 01:25 PM
ultra78: Astaghfirullah gambar hiasan
haha kan
Quote ifanonline 19-8-2024 01:44 PM
mpox ni berleluasa berpunca dr kegiatan LGBTQ yg sudah parah
Quote PULANGKAN 19-8-2024 02:05 PM
ultra78 replied at 19-8-2024 01:01 AM
Astaghfirullah gambar hiasan

iols pun tersembur tadi tengok

lepas baca konten, ini amaran halus kepada pusat pelacuran
ada wabak STD tersebar cepat. be caution gituu nada dia
Quote liton 19-8-2024 03:29 PM
Indon masuk guna jalan tikus mcm mana nak pantau?

IMG_20240819_152537.jpg
Quote Skuau 19-8-2024 03:44 PM
Hanya kerana 1,2 orang...KITA TAKKAN TARIK SUBSIDI WARGA ASING untuk mengkayakan kapitalis2 yg bayar cukai seterusnya menyumbang kpd kenaikkan gaji penjawat awam semua.'Lu olang mau ke takmok naik gaji'???
Quote ninja boy 19-8-2024 07:06 PM
Edited by ninja boy at 19-8-2024 07:11 PM

Pilipin Indonesia sudah ada thailand dah belum, singapore pintu dunia jaga2 terus masuk malaysia spt 1st covid bahaya jika pintu dunia turun kapal terbang terus naik speed train sampai kl
Quote ultra78 19-8-2024 07:45 PM
PULANGKAN replied at 19-8-2024 02:05 PM
iols pun tersembur tadi tengok

lepas baca konten, ini amaran halus kepada pusat pelacuran

Gambar pukul 1 AM tadi lagi la. Bontot jantan ditutup satu tuala kecik.
Quote maklukpenggoda 17-9-2024 11:39 AM
[twitter]https://twitter.com/kkmputrajaya/status/1835865840727818252?s=61[/twitter]

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.044359 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top