CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Mungkin Ada Benda Yang Amir Perlu Tengok Balik Pada Diri Dia..’ – Fadhli Masoot

18-8-2024 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31453| Komen: 28

 

Pelakon, Fadhli Masoot akui terkejut dengan kontroversi membabitkan rakan industri, Amir Ahnaf yang dikaitkan dengan dua wanita seperti yang hangat diperkatakan di media sosial, baru-baru ini.

Ketika ditemui OhBulan!, Fadhli atau nama lengkapnya Mohd Fadhli bin Masoot, 28, tidak mahu mengulas lebih lanjut berhubung perkara itu kerana ianya melibatkan hal peribadi Amir.

Namun dia percaya, apa yang berlaku adalah ujian yang telah ditetap Allah SWT dan setiap individu termasuk Amir sendiri perlu mengambil pengajaran dan iktibar daripada kejadian itu.

"Saya terkejut sebenarnya bila tahu tapi saya fikir sesuatu benda tak akan terjadi kalau Allah SWT tak izinkan. Mesti ada sebab kenapa Allah SWT izinkan benda tu terjadi sekarang."

"Tapi apa saya boleh buat, tak akan nak berlebih-lebih bersuara. Itu hal peribadi dia."

"Mungkin ada benda yang dia perlu tengok balik atau orang sekeliling yang mengambil tahu mengenai perkara itu dan apa yang perlu dibuat."


Apabila ditanya sejauh mana keakrabannya dengan Amir, Fadhli memberitahu mereka hanya rapat sebagai rakan industri dengan berkongsi mengenai dunia lakonan, berbanding soal peribadi.

"Secara peribadi saya hanya berkawan sebagai rakan industri. Nak cakap rapat, tidaklah terlalu rapat.

"Tapi kami banyak bercakap tentang perkembangan industri dan sepanjang perkenalan, dia pun tak bercerita mengenai hal peribadi dia, dengan siapa dia berkawan dan sebagainya."

"Saya tidak boleh terlalu bersuara atau mempertahankannya, cuma saya doakan yang terbaik buat dirinya."

Fadhli berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media pementasan teater Andak Bertandak yang berlangsung baru-baru ini.

Sekadar info, Fadhli Masoot bersama beberapa barisan pelakon hebat seperti Azhan Rani, Ellie Suriaty, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Riena Diana dan Razman Mahayuddin bakal beraksi di pentas teater Andak Bertandak.

Sumber: OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 18-8-2024 07:41 PM
Media bongok mana tiba tiba suruh mamat ni komen. Pergi lah tanya tuan badan sendiriii adoiii
Quote cempakaa 18-8-2024 07:51 PM
Hahahahaha so apa kaitan ni
Quote uori 18-8-2024 08:09 PM
jawab no komen sudahlah. pusing punya pusing konar baring macam hodoh bunyinya, dekk
Quote Mary_jane 18-8-2024 08:32 PM
Oh baru tahu nama dia fadhli masoot.
Quote slyfynx 18-8-2024 08:42 PM
Apekah?
Nape die lak kene komen.
Sapekah beliau?
Quote _kelly 18-8-2024 08:43 PM
bodoe nya lah wartawan caprut ni..g la tanya tuan badan..tanya orang takde kena mengena kenapa
Quote kaedahnya 18-8-2024 10:12 PM
unik nama budak ni, selalu nama macam ni orang utara ni
Quote hyie 18-8-2024 10:30 PM
baru tadi iols tertengok sedutan video resepsi heols kawen kat melodi pastu macam eh dia ni pelakon citer apa tak penah kenal pon gicheww
Quote nadie90 18-8-2024 10:47 PM
Wartawan dah terdesak buat cerita....ssh nak dapat yg kena kontroversi, tangkap muat ja kwn2 dia nak buat cerita asal boleh....

Cuma nak cakap kwn ni berlakon bagus....dlm original series Projek Anchor SPM jadi pelajar asal NS.....natural habis cakap Nogori.....PHC pelajar asal PT....pun sama natural jah....antara pelakon scene stealer la dlm 2 siri tu
Quote oggy 18-8-2024 11:59 PM
nadie90 replied at 18-8-2024 10:47 PM
Wartawan dah terdesak buat cerita....ssh nak dapat yg kena kontroversi, tangkap muat ja kwn2 dia nak ...

Haah aku pun rasa dia berlakon bagus.
Tapi tu la tak dikenali ramai sangat.
Aku pun hari ni baru tau nama dia kat benang ni.
Quote nia_salina 19-8-2024 12:30 AM
tkde kaitan tapi nk komen mamat ni pelakon best! boleh lps ni sebaris dgn geng rupa nan hado tapi belakon power. n rupa dia mcm sudin pelakon zaman pramlee. ada bau2 bacang ke
Quote pilssowe 19-8-2024 12:43 AM
Motif wartawan ni pun mintak orang lain komen..baik ko pi tanya pompuan2 tu..
Quote toxicated 19-8-2024 01:01 AM
Mamat katik ni sebenanye ada resemblance muka parit kamil skit tp versi katik dan kampung2. Ni pada mata aku lah
Quote annadonna 19-8-2024 01:07 AM
Pelakon bagus budak aswara tapi tak glamor. Tapi bagus.
Quote pinkpunk 19-8-2024 07:51 AM
toxicated: Mamat katik ni sebenanye ada resemblance muka parit kamil skit tp versi katik dan kampung2. Ni pada mata aku lah
n ni version kulit gelap.. klu putih sama
Quote rosewhite 19-8-2024 08:09 AM
nadie90 replied at 18-8-2024 10:47 PM
Wartawan dah terdesak buat cerita....ssh nak dapat yg kena kontroversi, tangkap muat ja kwn2 dia nak ...

Diakan memang org nogori kan, budak ampangan.
Quote Aneem 19-8-2024 08:21 AM
Nak nampak agamawan petik sikit nama Allah.
Skrg mmg trend, sesiapa yg buat hal, kawan terdekat yang kena interview eh
Dh kenapa gitu? Kwn tu pun bukannya semenggah sgt
Quote selipar_hijau 19-8-2024 08:28 AM
aku ingatkan Fadhli Masoot ni pak si amir
Quote sweetfasha 19-8-2024 08:36 AM
marketing murahan. dari org tak kena terus kenal.. konon nya lah

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049041 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top