Nama pasangan romantis, Janna Nick dan suami, Dini Schatzmann menjadi perhatian selepas ramai yang teruja melihat kediaman aktor dan aktres itu. Menerusi rakaman yang dikongsikan semula pengguna TikTok memaparkan Janna dan Dini sedang menaiki lift di dalam rumah untuk menuju ke bilik utama mereka. Tetapi apa yang mencuri ramai adalah bilik pasangan itu perlu diakses menggunakan kata kunci yang telah ditetapkan. "Rumah ni dari tingkat 0 sampai 3. Tingkat 0 ada dapur dan setiap tingkat ni tak perlu kod cuma bilik kami di bilik utama perlu masukkan kata kunci." Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan netizen akui ini kali pertama mereka melihat reka bentuk rumah sedemikian.
"Kalau nak naik bilik diorang kena guna pin. Jadi tangga tu sampai tingkat 2 je lah? Fuhh bestnya." "Tu rumah diorang ke? Weh besarnya." "Seram pula rumah besar-besar, kita pula penakut." Sumber: OhBulan |
I.K.A888990 replied at 18-8-2024 07:50 PM
suka dini ehhhhh tapi tak bolehlah tgk dia ni lelembut sgt
pocongkiutss replied at 18-8-2024 07:36 PM
Rumah diorg ni katne eh..tak tgk lg
Tak heran sgt sbb JN ni mmg pulun habis bekerja dulu sebelum ...
ADVERTISEMENT