Umum mengetahui, pelakon Riena Diana dan Keith Foo berkongsikan mereka kini menjalin hubungan istimewa sejak terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu. Baru-baru ini, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Riena mengusik kekasihnya itu apabila diminta berkongsi detik pertama cinta berputik antara mereka. Apa yang menghiburkan, Riena turut berseloroh mengusik Keith bahawa aktor tersebut ‘tergilakan’ dirinya. “Cerita sahaja macam mana awak tergilakan saya. Benda baik jangan malu. Tanya Keith, sebab dia yang tergilakan saya. Ceritalah jangan malu-malu, jangan malu-malu sayang. “Hampir nak bomoh, sebab terlampau sukakan Riena Diana. Sebab saya tak pandang dia,” katanya. Dalam pada itu, Riena turut memuji sikap teman lelakinya itu seorang yang kelakar namun dalam masa yang sama tegas serta mempunyai kriteria ‘husband material’.
“Dia sebenarnya seorang yang kelakar walaupun tak tunjuk sangat tapi pada masa sama dia sangat tegas. Saya pula susah nak dengar cakap orang, tapi cakap Keith saya dengar. ‘Husband material’,” katanya. Sumber: Rotikaya |
SANKURIANG replied at 18-8-2024 10:09 PM
Aku rasa….mereka tak kan kawen. Ni semua long promo utk drama mereka. KF ada tak sebut2 nak convert ...
newyork replied at 18-8-2024 10:57 PM
Selagi tak kawin jgn over lailerss. Nnt frust menonggeng.
ADVERTISEMENT