CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu hari di Bumi akan menjadi 25 jam disebabkan bulan beransur-ansur semakin jauh - Saintis

17-8-2024 10:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 44956| Komen: 52

 


WASHINGTON  –  Hari di Bumi akan bertambah panjang disebabkan Bulan beransur-ansur semakin jauh dari planet yang menjadi tempat tinggal manusia tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.

Saintis-saintis  mendapati apabila Bulan berada lebih jauh, ia akan mengubah tarikan gravitinya terhadap Bumi.

Keadaan itu menyebabkan putaran Bumi semakin perlahan, mengakibatkan hari menjadi lebih panjang.

Mereka berkata, masa satu hari di Bumi akhirnya boleh menjadi 25 jam, tetapi menyatakan bahawa ia akan mengambil masa kira-kira 200 juta tahun.

“Apabila Bulan bergerak semakin jauh, Bumi adalah seperti peluncur figura yang berputar perlahan,” jelas ahli geosains Amerika Syarikat, Stephen Meyers.

Bulan terletak kira-kira 383,023 kilometer dari Bumi dan mengambil masa sekitar  27.3 hari untuk melengkapkan pusingan orbit mengelilingi planet tempat tinggal manusia tersebut. 


Namun, kajian terdahulu mendapati bahawa Bulan bergerak lebih jauh pada jarak kira-kira 3.81 sentimeter setahun yang bermaksud ia akan mengambil masa lebih lama untuk mengelilingi  Bumi. – AGENSI 

Sumber: KOSMO! ONLINE 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 17-8-2024 10:52 PM
Waktu Terasa Cepat Termasuk Salah Satu Tanda Kiamat
Diriwayatkan dalam Musnad Ahmad dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan, setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejumat, sejumat seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap."


Yg ni mcm.mana pulak.m
Quote gigahertz 17-8-2024 11:20 PM
noor2 replied at 17-8-2024 02:52 PM
Waktu Terasa Cepat Termasuk Salah Satu Tanda Kiamat
Diriwayatkan dalam Musnad Ahmad dari Abu Huraira ...

dajjal muncul 40 hari. sehari rasa setahun . sehari rasa sebulan. sehari rasa seminggu
mungkin yang di maksudkan adalah keazaban & huru hara waktu itu
Quote edayildiz 17-8-2024 11:31 PM
skrg kejap je kn wktu berlalu..
isnin..tup tup dh wiken..
Quote Carcosa 18-8-2024 12:07 AM
Cantiknyaaaa lah "Blue Planet" kita ni kan? Subhanallah!!!
Meols kalau tgk gambo2 planet ni, semacam ada perasaan "sayang" yg timbul
Taktau cemana nak explain. Macam, sayangggg tgk planet2 tu mcm tgk baby2
Quote airfilterkotor 18-8-2024 12:12 AM
Lagi 200juta taun. Tak perlu risau.
Itu jam cucu cicit kang Elon dan bercambah biak kat planet Marikh nun.
Quote ninja boy 18-8-2024 09:59 AM
Elon berfikiran jauh manusia memdiami marikh 2030
Quote Gunama 18-8-2024 10:49 AM
Ok pe dpt 25 jam. Skang org asyik ckp x ckp mase kehulu, x ckp mase kehilir.
Tambah je lg 3 jam pon x pe. Pedehal?
Quote syamzana 18-8-2024 11:24 AM
takpe la...lambat lg
iols dah lama mati kalau ikut purata umur hidup, keturunan pun entah sempat wujud ke tidak
Quote _blackbird 18-8-2024 12:04 PM
Kiamat postpone lagi la mcm ni
Quote FOTHER-MUCKER 18-8-2024 12:16 PM
200 juta tahun, masa ni saya dah tua dah.
Quote lo_la 18-8-2024 12:56 PM
Ha… yg suka cakap 24hrs is never enough tu… finally
Quote Skuau 18-8-2024 01:01 PM
Kita tauke suka la  lu olang kija   1jam tambah ..gaji tada tambah..lu olang takmok...banggala mau maaaa....
Quote Mary_jane 18-8-2024 03:57 PM
Kalau masa siang panjang banyak lah dapat buat aktiviti.

Tapi sekarang pun masa cepat sangat berlalu.
Quote Decaffeinated 18-8-2024 04:52 PM
Kasi slow lah sikit jarum tu berputar. Setiap jam tambah 2.5 minit. Total tetap 24 jam. Tak kan tu pun nak kena ajar
Quote miss_white 18-8-2024 06:16 PM
Jangan percaya sama saintis kafir ini semua khurafat
Sesat
Quote Itzy 19-8-2024 12:37 AM
Aah betu la tu, hadith nabi cakap bila dajjal muncul siang sangat panjang tiada malam, kita kena pandai2 ukur sendiri waktu untuk solat. Sekarang pun dah ada tanda2 dah, komet besar nak hentam bumi pun dah makin dekat. Baru kelmarin baca kisah perempuan mimpi Nabi Muhammad kata jangan bimbang, al aqsa dan palestin akan bebas tak lama lagi. Kemungkinan israel akan serang iran dan iran dijajah oleh israel dan amerika syarikat, kemudian tentera yahudi pengikut2 dajjal akan keluar 70K dari isfahan, iran. Sebab israel dah keluarkan peta israel baru yang menunjukkan seluruh jazirah arab ditawan oleh mereka termasuk mesir. Ngeri bila fikir balik, semoga dajjal lambat keluar lagi. Aamiin.
Quote Itzy 19-8-2024 12:38 AM
Mary_jane replied at 18-8-2024 03:57 PM
Kalau masa siang panjang banyak lah dapat buat aktiviti.

Tapi sekarang pun masa cepat sangat berla ...

Siang makin panjang dan hujan pun makin sikit sebab itu tanda2 dajjal akan keluar, tak sanggup aku. Semoga dajjal lambat lagi nak keluar. Aamiin.
Quote ina_na 19-8-2024 08:57 AM
Skrg ni pun dah rs cptnye ms berlalu...rs mcm br bersalin kan anak...dgn susah payah dl. Labour room anak x lps keluar kn emergency czear...skrg anak dah beso gajah dah.... Kalo tambah 1jam lg..adekah tambah waktu persekolahan,tambah waktu keje...tambah waktu me time sorang2...
Quote midori888 19-8-2024 09:24 AM
ina_na replied at 19-8-2024 08:57 AM
Skrg ni pun dah rs cptnye ms berlalu...rs mcm br bersalin kan anak...dgn susah payah dl. Labour room ...

pnh dgr ceramah ustaz Maza, dia ckp psl benda lain, tapi yg meols ingat pasal masa...dia ckp masa nie pun makhluk Allah jugak, sebab tu ada org rasa masa dia panjang, ada org rasa masa dia pendek...maybe nanti kalu dajal dtg, masa utk org beriman dan org kafir berbeza walaupun both sama 24 jam...

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.284299 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top