Pelakon Syed Ali meluahkan rasa kecewa dengan seorang rakan artis yang didakwa berubah perwatakan selepas mengikuti tabligh. Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama penuh Syed Ali Tar Mohd itu berkata, rakannya itu kini bukan lagi seorang selebriti berikutan gagal menempa nama di dalam industri. "Kawan saya ini seangkatan ataupun pelakon juga dulu sama-sama. Tapi dia berlakon tak menjadi, tak ada rezeki dalam bidang seni." Selepas itu, dia berubah ikut tabligh. Aktor berusia 39 tahun tersebut kemudian mendakwa rakannya itu sering memuat naik hantaran yang mengundang kecaman di media sosial. "Sejak dia berserban, yang bukan-bukan kenyataan dia di media sosial." "Nak kata Ustaz, tak pula. Bercakap lebih dari ulamak." "Lama aku perhatikan kau, ramai orang kecam." Dalam pada itu, Syed Ali turut meluahkan rasa kesal melihat tindakan rakannya yang didakwa mahu meraih perhatian dengan cara yang salah.
"Sedih la, kau nak bina nama dengan cara macam ini." "Apa orang buat semua salah, kau sahaja yang betul. Menegur orang di media sosial dan isu-isu semasa seolah-olah kau sahaja yang betul." "Mesti awak semua tahu siapa mamat ni kan?" Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berteka-teki siapakah individu yang dimaksudkan pelakon drama Duda Terlajak Laris tersebut. Bagaimanapun, Syed Ali masih tidak mendedahkan identiti rakannya itu. Sumber: Oh Bulan |
jihah_kudat replied at 17-8-2024 12:42 AM
dalam kepala ada satu nama je SR kan yg jual segala harta benda.. he pun nampak obses jugak sejak ...
sleepandream replied at 17-8-2024 07:14 PM
laaaa kat porem gossip ni pun lebih ostad dari ostad... normal la tu wayar putus memana... tengok is ...
cicicumel replied at 18-8-2024 06:50 AM
SR ok je..i rasa dia refer kpd JA..
cicicumel replied at 18-8-2024 02:50 PM
SR ok je..i rasa dia refer kpd JA..
noell replied at 21-8-2024 11:12 AM
sapa JA?? Jennifer Aniston ka camna??
Lapislazuli2912 replied at 21-8-2024 12:08 PM
Johan yg mengaji sampai senget2 mulut tu kot
kucingitam replied at 21-8-2024 12:11 PM
tapi yg tu takde la sendu mana pun...berlakon best gak tu..
DARSITA replied at 17-8-2024 07:04 AM
selalunya yg baru belajar ugama ni mmg la terperasan level ustaz level ustazah. Tengok Aby ex Norma ...
ADVERTISEMENT