Laporan akhir insiden pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), N28JV yang terhempas di Elmina, Shah Alam tahun lalu didedahkan pada hari ini. Berdasarkan laporan Harian Metro, transkrip perakam suara kokpit milik pesawat itu telah dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) menerusi Laporan Akhir insiden tersebut. Transkrip perakam suara pesawat berkenaan menunjukkan juruterbang sedang berkomunikasi dengan menara kawalan di Subang sebelum mendarat. Pesawat itu telah mendapatkan kebenaran untuk mendarat di menara kawalan semasa menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Kemudian, bunyi klik dirakam melalui mikrofon di kawasan kokpit atau sumber bunyi pada jam 06:48:56.9 (Koordinasi Masa Sejagat/Coordinated Universal Time). Perkara tersebut menunjukkan bahawa lift dump spoilers pesawat berkenan sudah diaktifkan. Seminit kemudian, bunyi yang sama dengan nada amaran lift dump kedengaran dan berlarutan selama satu setengah saat.
Berikut adalah perbualan terakhir antara dua anak kapal pesawat tersebut iaitu Juruterbang (PIC) dan Pembantu Juruterbang (SIC) yang dipercayai berada di dalam keadaan panik sejurus sebelum nahas tragis itu berlaku. Jam 06:49:00.0 SIC: Woah woah woah woah woah woah woah woah. Apa yang sedang berlaku? Jam 06:49:10.2 SIC: Oihhh… oihhh oihh. Jam 06:49:11.2 PIC/Juruterbang: Ya Allah. [menjerit] Jam 06:49:11.2 SIC: Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah [menjerit] Dalam pada itu, menerusi laporan berkenaan juga, nada amaran lift dump didengari sehingga rakaman tersebut tamat. Difahamkan pada 10 saat terakhir, Enhanced Ground Proximity Warning System telah diaktifkan bersama amaran seperti ‘minimums’, ‘sink rate’, dan ‘pull up’. Untuk info, insiden pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie, Elmina pada 17 Ogos tahun lalu telah mengorbankan 10 mangsa iaitu penumpang, krew pesawat dan dua lagi mangsa adalah pemandu sebuah kereta dan penunggang motosikal yang kebetulan lalu di lokasi kejadian. Sumber: Harian Metro |
Radzor replied at 17-8-2024 06:10 PM
Yang atas jalan tu ntah2 tak sempat ucap apa2
ina_na replied at 17-8-2024 07:20 PM
Yg motor tu katanya siap laung Allahuakbar lg ms api tgh marak kat bdn nye..kesian nye la...knp la ...
AkokKocik replied at 19-8-2024 09:14 AM
Mula2 xfaham, bila dh tontonan d ytube, baru aku faham...spoiler kat sayap jet tu dnaikkan...menyeba ...
talapia replied at 19-8-2024 09:27 AM
kalau ikut komen2 dr pilot2 lain..
antara sebabnya ialah dorang antara pilot kenal rapat n kawan2. ...
AkokKocik replied at 19-8-2024 09:14 AM
Mula2 xfaham, bila dh tontonan d ytube, baru aku faham...spoiler kat sayap jet tu dnaikkan...menyeba ...
edayildiz replied at 19-8-2024 10:21 AM
co pilot tu yg nama apa dh..
xpasal pasal nyawa melayang..apo berani sgt dorg ni..
asamfish replied at 19-8-2024 10:14 AM
persoalannya awat captain tu duduk kat right hand seat? co-pilot takleh sewenang2nya duduk kat ca ...
ADVERTISEMENT