CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Usia Cecah 43 Tahun, Iqram Dinzly Percaya Ada ‘Sinar’ Untuk Berumah Tangga – ‘Tapi Sekarang Hanya Mama Di Hati’

16-8-2024 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 53762| Komen: 59

 


Pelakon Iqram Dinzly mendedahkan masih berharap agar dipertemukan jodoh meskipun usianya kini mencecah 43 tahun.

Ketika ditemui OhBulan! di majlis pelancaran Sun Spectrum + oleh Avenys, Iqram meluahkan kebimbangan terhadap sikap individu zaman sekarang yang terlalu terbuka untuk berkongsi masalah rumah tangga dengan membuka aib pasangan sendiri di media sosial.

"Saya risau dengan keadaan sekarang. Media sosial sangat jahat, banyak berlaku perceraian atau masalah rumah tangga berpunca daripada media sosial."

"Saya tak takut cuma saya memberi peluang kepada diri saya untuk memiliki seorang isteri mithali atau ibu kepada anak-anak saya, InsyaAllah."

"Saya masih berharap (berkahwin) sebab tengok kawan-kawan seperjuangan saya dah ada keluarga sendiri, dah nampak warisan dan legasi mereka. Saya teringin juga nak tengok hasil (anak) daripada sperma saya dan ovum isteri saya."


 
Dalam pada itu, Iqram atau nama lengkapnya Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin memberitahu dia masih belum mempunyai seseorang yang istimewa dihati sebaliknya dia kini mahu memberi kebahagiaan kepada ibunya.

"Saya tiada sesiapa. Terus terang saya cakap, dalam hati saya sekarang hanya ada mama saya sahaja untuk saya fikirkan. Selama ini saya rasa saya tak mampu nak beri banyak kepada papa saya, tapi untuk mama saya ni saya rasa saya kena beri."

"Jadi banyak benda yang saya kena perbaiki balik. Biarlah saya beri kebahagiaan kepada mama dulu, kemudian baru saya fikir isteri dan anak-anak."

"Sebab tu saya gilakan diri saya, tak ada siapa dekat dengan saya.  Saya pun tak sempurna tapi saya perlu menyempurnakan kehidupan saya."

Sumber: OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Temenung 16-8-2024 11:42 PM
Syg eh dia ni.aku rasa dulu dia antara pelakon lelaki yg ensem jugak zaman2 dia aktif
Quote azimodin 16-8-2024 11:50 PM
Temenung: Syg eh dia ni.aku rasa dulu di ...

Betul. Masa zaman dia tengah up selalu muka dia kat TV3. Masa tu dia lagi handsome dari Fizo Omar, Serap Muslim, Piere Andre, mahupon farid kamil.
Quote ezacbee 17-8-2024 05:19 AM
Zaman dunia baru.. elok sangat.
Quote miss_strangers 17-8-2024 06:54 AM
Siapakah colan-colannya.....
Quote MollyShannon 17-8-2024 07:30 AM
azimodin replied at 16-8-2024 11:50 PM
Betul. Masa zaman dia tengah up selalu muka dia kat TV3. Masa tu dia lagi handsome dari Fizo Omar,  ...

Kan. Tak la hensem giler, tapi ada aura. Dah la berlakon pon tak kayu.
Quote mizzmimi 17-8-2024 07:50 AM
Sapo la yang berkenan bila dah tengok aksi heols kat medsoc tu.. tahap kewarasan boleh dipersoalkan..
Quote orangbiasaje 17-8-2024 08:04 AM
mizzmimi replied at 17-8-2024 07:50 AM
Sapo la yang berkenan bila dah tengok aksi heols kat medsoc tu.. tahap kewarasan boleh dipersoalkan. ...

Adalah tu...sedangkan yg menari-nari dgn pondan pun ada yg kahwin, yg gambar bebird terbang pun ada sanggup kahwin. Ppuan pun tak semua sesuci embun pagi. Dptlah yg sekufu nntinya tu.
Quote mizzmimi 17-8-2024 08:20 AM
orangbiasaje replied at 17-8-2024 08:04 AM
Adalah tu...sedangkan yg menari-nari dgn pondan pun ada yg kahwin, yg gambar bebird terbang pun ad ...

Moral & sosial tu bukan syarat nak nikah. One of it is berakal/waras.. heshe claim aksi2 pelik tu as high art la jadah tapi macam gila isim je. Tu yang iols kata kewarasan yang boleh dipersoalkan..

But kalau ada yang berkenan dan sanggup, siapalah kita nak persoalkan khuens.. grab popcorn caramel je la kot ada aksi double trouble
Quote anony-mous 17-8-2024 09:56 AM
mizzmimi replied at 17-8-2024 07:50 AM
Sapo la yang berkenan bila dah tengok aksi heols kat medsoc tu.. tahap kewarasan boleh dipersoalkan. ...

Heols sesuai dgn tekya
Quote TomyamPuteh 17-8-2024 12:20 PM
Teringat time dia catwalk pastu tersembol rambutan 2 bijik. Cam sial. Ko kawin je la dgn si Agy tuh.
Quote dua_chzy 17-8-2024 12:52 PM
anony-mous replied at 17-8-2024 01:56 AM
Heols sesuai dgn tekya

Dulu Amani punya la gilakan dia ni, haha.
Quote Wek_omeh2 17-8-2024 01:10 PM
Dia ni weng lepas putus dgn poziah haus tu kan
Quote krustykrab 17-8-2024 01:45 PM
Ada potensi jadi pelapis dibah ahah.
Sejarah cinta ditolak pun lebih kurang je
Quote asfaz 17-8-2024 02:16 PM
Masa dia jadi pengacara JJCM pun best. Berlakon pun best. Hensem.
Quote mizzmimi 17-8-2024 03:28 PM
anony-mous replied at 17-8-2024 09:56 AM
Heols sesuai dgn tekya

Sama2 sewel?
Quote jfq 17-8-2024 04:17 PM
Tak perlu la  nak sebut dari sperma kau dan ovum bini kau
Quote Binodino 17-8-2024 04:27 PM
Urine ada kantoi ka? Tanya saja...
Quote mrsLucky 17-8-2024 04:30 PM
Ngai suka lime light...boleh try dia...sure nanti she jerit satu taman..
Quote nolya 17-8-2024 07:29 PM
Hari, minggu, bulan d tahun berlalu umur manusia kian meningkat dewasa dn tua.  Orang lelaki, jika sudah masuki 40an tapi masih tidak stabil kedudukan, tiada jaminan pendptn memang akan ada cabaran untuk dpt pasangan.

Bukan nak perlekehkan tuah rezeki seseorang, tapi hidup ini perlu berdasarkan kpd  realiti. Lelaki yg ingin beristeri harus ada pendapatan untuk tanggung isteri dn anak2nya nanti. Tak saja pendptn perlu ada sbg tunjang nafkah, sikap dn akhlak juga perlu ada agar calon mertua bersedia untuk jadikan menantu. Memang tak ade sesape boleh menduga apa yg akan berlaku kedepannya, tapi jika pada langkah awal pun sudah ada riak2 tak betul, sewel dgn tingkah yg merapu, wanita juga akan berfikir berkali2 untuk mengkomitkan diri. Apatah lagi zmn hari ini wanita berani berdikari. Lelaki jgn hanya mengharapkan mendpt seorang isteri yg baik tapi perbaikilah diri sendiri dahulu. Jgn harapkan yg solehah jika diri sendiri belum soleh dn bentuklah diri menjadi imam yg boleh menuntun makmum.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.041828 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top