CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Korea Utara Dibuka Semula Kepada Pelancong Antarabangsa Disember Ini, Namun Pelawat Malaysia Diharamkan Jejak Kaki Ke Sana

16-8-2024 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 47022| Komen: 48


 


Negara Korea Utara dilaporkan bersedia untuk membuka semula sektor pelancongan mereka kepada pelawat antarabangsa pada Disember ini.

Difahamkan negara terpencil itu mengalu-alukan pelancong untuk melawat ke bandar Samjiyon yang terletak berhampiran Gunung Paektu secara berkumpulan.

Menurut beberapa buah agensi pelancongan negara itu, bukan hanya Samjiyon bakal dijadikan tempat tarikan pelancong sebaliknya Pyongyang antara daerah yang berpotensi dibuka sebagai salah satu lokasi lawatan.

Pembukaan semula negara itu untuk lawatan pelancong  adalah kali pertama  sejak ia ditutup akibat pandemik COVID-19 beberapa tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia ‘diharamkan’ untuk melancong ke negara tersebut.

 


Menurut kenyataan Kementerian Luar, yang diterbitkan pada 18 September 2017, semua rakyat Malaysia telah dilarang memasuki negara terpencil itu, dengan alasan ketegangan yang semakin memuncak di Semenanjung Korea dan perkembangan berkaitan yang timbul daripada ujian peluru berpandu antara sebab.

Beberapa bulan sebelum itu, hubungan Malaysia dengan Korea Utara telah merosot berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang perdana menteri Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Februari 2017.

 

Pada Mac 2021, Korea Utara mengumumkan bahawa ia akan memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Malaysia selepas mahkamah tertinggi Malaysia meluluskan ekstradisi ahli perniagaan Korea Utara, Mun Chol-myong, ke AS untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram, lapor The Diplomat.

Sumber: Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 16-8-2024 11:10 PM
Nasib la KU minta clash je dgn malaysia
Kot la dia hantar nuklear ke kan....
Quote Firenzza 16-8-2024 11:33 PM
Kalau ke sana ibarat pergi x kembali gamaknya
Quote cmf_almondpecan 16-8-2024 11:33 PM
Yang mengharamkan masuk Korea Utara tu pihak kita kan? Passport Malaysia takde mengharamkan masuk ke Korea Utara setakat ni. Hanya Israel yang tersenarai. Teringat passport zaman dulu2 ada banyak negara tersenarai dalam passport Malaysia.
Quote fattymah 16-8-2024 11:41 PM
Depa masuk Sabah Sarawak boleh
Quote mrsLucky 17-8-2024 02:53 AM
No thanks....i pon tak sudi lawat negara yang buat rakyat mereka tertindas dan hidup miskin..
Quote Farnor 17-8-2024 03:11 AM
fattymah replied at 16-8-2024 11:41 PM
Depa masuk Sabah Sarawak boleh

Maksudnya ape? Kalau korea selatan boleh masuk..
Quote jazaa100 17-8-2024 08:26 AM
cmf_almondpecan replied at 16-8-2024 11:33 PM
Yang mengharamkan masuk Korea Utara tu pihak kita kan? Passport Malaysia takde mengharamkan masuk ke ...

K.utara yg haramkn....
Kan dia kata dia putuskn hubungan diplomatik dgn kita....
Quote arareez 17-8-2024 08:26 AM
Farnor replied at 17-8-2024 03:11 AM
Maksudnya ape? Kalau korea selatan boleh masuk..

Korea utara pun boleh. Kerja lombong arang batu kalau x salah
Quote jazaa100 17-8-2024 08:27 AM
fattymah replied at 16-8-2024 11:41 PM
Depa masuk Sabah Sarawak boleh

Bangsa ni, buat apa pun blh ....
Org buat tak blh.....

Quote SalenaGomez 17-8-2024 09:08 AM
Firenzza replied at 16-8-2024 11:33 PM
Kalau ke sana ibarat pergi x kembali gamaknya

Kannnn… bakpenya nak g sana. Nanti jd mcm kes Otto Frederick Warmbier. Mmg la salah dia mengejek2 tapi xdelah teruk mana pon. Lepas tu hukuman diterima teruk sgt. Lebih pd NK ni nak balas dendam pd US sbb depa ada issue time tu

Pegi sana pon kos tinggi, byk dokumen nak urus dan lecehh. Pastu bkn semua tempat boleh pegi dan strictly kena follow do and don’t depa
Quote Farnor 17-8-2024 09:40 AM
arareez replied at 17-8-2024 08:26 AM
Korea utara pun boleh. Kerja lombong arang batu kalau x salah

Ingatkan dah kena sekat.. Ish ish..
Quote shernazz 17-8-2024 10:53 AM
Ada kawan iols ke sana lama dulu...
Dia kata boleh ke bandar je..
Tapi okay la...walaupung takde la moden.mcm south korea
Sejak tu iols teringin nak gi
Tapi memikirkan kang iola pergi taknkembali kang..
Cancel..hahahha...
Sampai ke sudah la tak berjaya ke sana...hahaha
Quote edayildiz 17-8-2024 10:59 AM
xteringin langsg nk pergi..org pergi bercuti  sbb nk happy..kalau pergi NK mcm dk dalam keadaan berjaga jaga je..silap2 pergi terus xkembali..lgpun xmodern..mundur je...xrasa ada org nk pergii..
ohh ya kwn i teringin nk p NK..
Quote Meraki 17-8-2024 02:10 PM
Org malaysia pun tak sior nak g sana silap aribln kena tembak mati katak je
Quote mawardia 17-8-2024 02:36 PM
Tu gambar assassins abg he ol ke?
Pestaim I nengok gambar assassins luar filem.
Tiber terbayang muka pompuan ni semua time training.
LOL so random imagination I ol.
Quote plywood 17-8-2024 03:18 PM
bagus tajuk dah bagi tau awal malaysian tak boleh pergi.

dulu ada baca artikel malaysia ni salah satu negara yang korea utara jadikan perantara untuk dapatkan keperluan barangan termasuklah barangan mewah orang-orang kaya.. tp tak taulah sejak nk guna malaysia untuk bunuh orang kenamaan mereka dahulu
Quote Decaffeinated 17-8-2024 03:28 PM
edayildiz replied at 17-8-2024 10:59 AM
xteringin langsg nk pergi..org pergi bercuti  sbb nk happy..kalau pergi NK mcm dk dalam keadaan berj ...

Kalau mundur takde nya US takut.
Quote edayildiz 17-8-2024 03:32 PM
Decaffeinated replied at 17-8-2024 03:28 PM
Kalau mundur takde nya US takut.

dia hebat bab peluru berpandu je kan..
xkisah us tkt ke tak yg oenting i xpernah teringin nk p situ
Quote tumpanglalu74 17-8-2024 04:06 PM
mawardia replied at 17-8-2024 02:36 PM
Tu gambar assassins abg he ol ke?
Pestaim I nengok gambar assassins luar filem.
Tiber terbayang muka ...

Training ape ko nyah?  Polis ke?  Salam kenal..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.062492 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top