CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

“Berlakon Jadi Bodoh Pulak” – Gelagat Pemilik Tesla Curi Elektrik Di Rumah Jadi Tumpuan Netizen

16-8-2024 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 46780| Komen: 40





Tular sebuah video di media sosial mengenai tindakan seorang pengguna kenderaan jenis elektrik Tesla ‘kantoi’ kerana mencuri bekalan elektrik di rumahnya sendiri.

Difahamkan, ia dibuat kerana enggan membayar caj bil bulanan yang mahal gara-gara penggunaan kereta elektrik yang perlu dicaj.

Dalam video tersebut, kelihatan pihak TNB menyerbu sebuah kediaman yang didapati berlaku kes kecurian elektrik.


"Penyambungan masuk sebelum meter, dia kira macam meter tak rekod penggunaan (elektrik) u. Kalau u guna 100m sekalipun untuk Teslan ni jadi meter tak rekod, bil pun tak sampai dekat TNB."

 

Tindakan pengubahsuaian meter secara haram itu ternyata salah di sisi undang-undang dan pihak TNB telah memotong bekalan elektrik dan membetulkan semula litar kepada keadaan asal.

Sementara itu, pemilik kereta elektrik itu dirakam berada dalam keadaan ‘terkejut’ seolah-olah tidak mengetahui apa-apa berkenaan pengubahsuaian itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pekerja TNB yang memberi penjelasan lanjut sebelum tindakan sewajarnya dilakukan.

Malah ada juga yang menyindir pemilik kenderaan itu yang seperti berpura-pura tidak mengetahui apa yang terjadi pada meter elektrik rumahnya sendiri.




Sumber: Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 16-8-2024 11:20 PM
Cam biasalah, cinkies. Dah tahu kedekut lagi nak pasang angan beli keta ev. Sama spisis ngan yg park illegally kete luar pagar yg kene caj parking
Quote Firenzza 16-8-2024 11:31 PM
Beli keta mahal dah la parking dpt free, rotax free, income tax relief lg ...tu pun karen nk curi.
Quote sharlenetexas 16-8-2024 11:34 PM
Gigih pakai tesla tapi curi letrik. Kedekut taik idung masin haji bakhil tangkai jering.
Sama macam yg lombong bitcoin.

Quote tungkai 16-8-2024 11:50 PM
Harap TNB buat report pulis & take legal action kaw2..
Quote ultra78 17-8-2024 12:10 AM
Nak jimat elektrik pakai kereta petrol ajelah!!!
Quote airfilterkotor 17-8-2024 12:50 AM
Dia punya konar salahkan juruteknik yg pasang.
Kalaupun memang di luar pengetahuan pemilik, salah tetap salah.
Itu compartment meter rumah kau, cas pulak keta kau sendiri.
TNB saman kau, pastu pandai² la ko nak saman juruteknik tu balik.

Sekali juruteknik cakap memang owner yg mintak sambung sebelum meter. ????
Quote aint 17-8-2024 03:59 AM
rupanya sengkek... tp gigih nk pakai tesla...

Quote Dwdrum 17-8-2024 07:10 AM
Technician di salah kan.... Sepatut nya technician kena fine sekali sebab menolong homeowner menipu
Quote Nham22 17-8-2024 07:29 AM
Nasib owner die tak hangin... Educated sikitla type ni nampak gaya... Sedau silap sendirik
Quote elnor_81 17-8-2024 08:14 AM
Alahai..buat2 bodoh lak. Nk sgt pakai kereta mahal...tapi...kedekut nak mamps
Quote makita 17-8-2024 09:12 AM
Xpe jgn risau. Nanti TNB hantar la kompoun. Pekerja TNB tu buat2 mcm ye kan aja sbb fhm dah. Keje dia cabut je meter tu dan x perlu minta apa2 penjelasan dari cinapek ni.
Quote Radzor 17-8-2024 09:19 AM
tungkai replied at 16-8-2024 11:50 PM
Harap TNB buat report pulis & take legal action kaw2..

sokonggg.. siasat sapa yg buat nih. klu electrician revoke lesen dia. klu tuan rumah, rampas tesla diaa
Quote asamfish 17-8-2024 09:48 AM
1.  TNB kena tegas (boleh nampak dorang tegas dan ye lah dorang tegas sbb tnb ni private entiti)
2.  Mana2 technician kalau owner suruh pasang bukan dgn cara yang betul sila refuse or laporkan pada tnb , kalau tak, sila bertanggungjawab kerana bersubahat.
3.  Si owner tu mcm hanattttt....kemain nkau membeli tesla tapi bil letrik pun nkau nak menipu...harajads!!!!  semoga nkau disaman!
Quote sapeka 17-8-2024 10:04 AM
Beli kereta mahal mahal mampu?
Nak byr elektrik untuk cas tak mampu?
Kira tak mampu la tu
Afuih
Quote sapeka 17-8-2024 10:05 AM
tungkai replied at 16-8-2024 11:50 PM
Harap TNB buat report pulis & take legal action kaw2..

Harap la
Biar jadi pengajaran
Quote TeropongThaico 17-8-2024 10:16 AM
Sekali juruteknik nak bantu owner berjimat da
Konar baring cecah tanah sakan nak cover kesalahan beb
Quote batmana 17-8-2024 03:56 PM
klu tnb tu marah2 pun tk guna, hantar surat saman aja pastu

Quote tumpanglalu74 17-8-2024 05:03 PM
Sora type C kan?
Quote DeluluMelulu 17-8-2024 05:39 PM
Hahahaha! T20 konon tapi sengkek namampos!
Kereta Tesla tu pun hauk namampos, sama la sepadan!

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.045789 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top