WASHINGTON: 'Wally' Amos, pencipta jenama biskut terkemuka, Famous Amos meninggal dunia pada usia 88 tahun, lapor United Press International (UPI). Amos meninggal dunia pada Selasa di rumahnya di Honolulu akibat komplikasi demensia, menurut dua anaknya, Shawn dan Sarah Amos memberitahu The New York Times. Wallace Amos dilahirkan di Tallahassee pada 1936 dan dibesarkan oleh ibu saudaranya di Harlem, New York City. Selepas berhenti sekolah menengah, beliau menyertai Tentera Udara dari 1954 hingga 1957. Amos kemudian melengkapkan Sijil Pendidikan Am (GED) dan memulakan kerjayanya di William Morris Agency di Los Angeles. Beliau akhirnya mengetuai jabatan rock 'n' roll agensi tersebut dan menandatangani kontrak dengan duo terkenal, Simon dan Garfunkel. Sumber: BERNAMA-UPI |
vanilacup replied at 16-8-2024 10:38 AM
biskut tak bebas gluten...
Tapi makan sesekali bolehlah...
Mujur tak minat sgt makan biskut...
supernaturalee replied at 16-8-2024 11:10 AM
mana lagi manis
biskut amos ni ke atau biskut subway tu
pooh~key replied at 16-8-2024 01:16 PM
Dia pernah claim biskut dia bebas gluten kah sissy?
cattiecute replied at 16-8-2024 08:06 AM
oh meninggal sebab dementia ke
ingat sebab kencing manis
sebab manis naw naw biskut dia
ADVERTISEMENT