CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saman terhadap saya satu penganiayaan politik - Wan Muhammad Azri

16-8-2024 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 46326| Komen: 1



 

 
KUALA LUMPUR: Wan Muhammad Azri Wan Deris memberitahu Mahkamah Tinggi ,di sini hari ini bahawa saman Lim Guan Eng dan anak lelakinya Clint Lim Way Chau terhadap bekas Exco Pemuda UMNO itu adalah satu penganiayaan politik.

Wan Muhammad Azri berkata, saman itu yang mendakwa beliau menyebarkan berita mengenai Way Chau membawa masuk RM2 juta ke Singapura tanpa mengisytiharkannya adalah satu perkara yang melibatkan perbalahan parti politik.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap plaintif sama sekali. Laman Facebook 'Papa Azri' yang dikatakan itu bukan milik peribadi saya sebaliknya merupakan laman 'fanpage' dan sesiapa sahaja boleh mengakses laman Facebook tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika disoal peguamnya Logen Eskandar Abdullah pada perbicaraan kes saman fitnah RM3 juta yang difailkan oleh dua beranak itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Eddie Yeo Soon Chye.


Wan Muhammad Azri berkata, tiada sebarang audio atau video dimuat naik yang menunjukkan penyataan itu dikeluarkan oleh beliau dan ia merujuk kepada plaintif.

Beliau juga berkata, kenyataan yang didakwa fitnah itu tidak bertarikh dan kandungannya adalah secara am, tidak spesifik serta tidak menunjukkan sebarang konteks jelas yang membabitkan kedua-dua plaintif.

Ditanya peguam, Simon Murali yang mewakili kedua-dua plaintif, Wan Muhammad Azri menafikan bahawa beliau adalah penulis blog dengan nama pena 'Papagomo.'

"Saya bukan penulis blog. Artikel berita yang menyatakan saya penulis blog tetapi ia bukan kenyataan saya," katanya yang kini berniaga sendiri.

Pada 2021, Guan Eng dan anaknya memfailkan saman mendakwa defendan telah menyiarkan kenyataan berbaur fitnah di laman Facebook beliau bahawa Way Chau telah ditahan di Lapangan Terbang Changi pada 29 Februari 2020 kerana membawa masuk wang tunai sebanyak RM2 juta tanpa mengisytiharkannya.

Guan Eng berkata, defendan yang memuat naik hantaran itu di laman Facebook di bawah nama 'Papa Azri' pada 14 Mac 2020, mendakwa beliau telah ke Singapura pada 29 Februari 2020 selepas anaknya ditahan di Lapangan Terbang Changi.

Perbicaraan bersambung 11 Disember ini. 

 
Sumber: BERNAMA 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:21 PM
-----

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.034984 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top