|
PARIS: Dua juruterbang Perancis terkorban apabila jet pejuang yang mereka kendalikan bertembung di udara di timur negara ini, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan tentera udara. Kedua-dua jet pejuang jenis Rafale itu dalam perjalanan pulang dari misi di Jerman sebelum bertembung berhampiran Colombey-les-Belles, dekat Bandar Nancy, menurut kenyataan tersebut yang dikeluarkan melalui X, kelmarin. Namun, seorang lagi juruterbang terselamat dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua juruterbang yang terkorban. Pesawat-pesawat berkenaan ditempatkan di Saint-Dizier, timur Perancis. Setakat ini, tiada butiran lanjut diberikan mengenai punca nahas tersebut. Sumber: BERNAMA-dpa |

nusaraya replied at 16-8-2024 01:31 PM
Mana yang lebih teruk dan bahlul atau Goblok ... TLDM Malaysia atau Perancis ?





ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.231775 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.