CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedia bantu Pahang bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan

16-8-2024 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35396| Komen: 15


 

KUANTAN: Kementerian Pengangkutan sedia membantu kerajaan Pahang merealisasikan rancangan membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan (KIA), kata menterinya, Anthony Loke.

Beliau bagaimanapun berkata setakat ini, pihaknya masih lagi belum menerima sebarang permohonan Lesen Pengendali Aerodrom daripada pemaju projek, iaitu aspek penting yang perlu ada sebelum meneruskan pembangunan lapangan terbang berkenaan.

Katanya, sebaik permohonan lesen tersebut diterima, kementerian akan melakukan kajian dari segi trafik sama ada lokasi yang bakal dibangunkan itu bersesuaian atau sebaliknya, kerana ia merupakan sebahagian daripada Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP).

"Projek ini ialah projek pelaburan swasta. Ini bukannya projek di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT). Kita boleh memudah cara. Apa yang diperlukan ialah mereka mendapat kelulusan daripada Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).


"Selepas itu, mana-mana syarikat atau pemaju projek tersebut perlu memohon lesen aerodrom daripada MOT.

"Itu ialah proses biasa yang terpakai kepada semua pihak. Setakat ini, saya difahamkan mereka (pemaju) masih dalam proses memohon lesen tersebut, kalau ada permohonan, tentu kementerian akan proses," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan projek pembinaan KIA selepas hadir Persidangan Antarabangsa Pelabuhan Kuantan 2024 sempena Ulang Tahun ke-50 Pelabuhan Kuantan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Projek itu yang sepatutnya bermula tahun lepas dan dijangka beroperasi pada 2026, masih belum lagi memulakan pembinaannya setakat ini.

Loke berkata hasrat kerajaan Pahang untuk membina lapangan terbang tersebut memandangkan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini, di kawasan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali gus mewujudkan kekangan.

"Kerajaan Pahang sudah lama lama menyatakan hasrat ingin melihat satu (lagi) lapangan terbang penerbangan awam secara khusus. Ia banyak kekangan sebab berkongsi dengan landasan Tentera Udara.

"Jadi untuk jangka masa panjang, sekiranya dibangunkan satu lapangan terbang khusus untuk penerbangan awam, memanglah satu yang baik dan membawa kemajuan kepada Pahang kerana ia akan menjadi laluan kepada Pantai Timur," katanya.

Rancangan pembinaan lapangan terbang itu, diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Oktober 2021, yang semasa itu memaklumkan secara dasarnya ia telah dipersetujui MPFN dengan kerajaan negeri diminta membuat kajian mendalam berhubung projek itu.

Pada 6 Julai 2022, Wan Rosdy berkata pembinaan lapangan terbang dengan kos RM2 bilion itu akan menjadi sebahagian daripada rancangan pembangunan bercampur bandar aeroangkasa di Gebeng di sini, membabitkan kawasan seluas 5,042 hektar yang disifatkan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Pahang.



Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanasno 16-8-2024 02:52 PM
yang dah ada tu pun bape kali seminggu je pakai pun
Quote kanam316 16-8-2024 08:09 PM
Lapangan terbang antarabangsa kulim pulak macam mana
Quote manop 16-8-2024 11:06 PM
kanam316 replied at 16-8-2024 08:09 PM
Lapangan terbang antarabangsa kulim pulak macam mana

pelabor takod tengok muka nusi ...
Quote emera 17-8-2024 06:53 AM
Airport yg ada tu pun mcm taxi stand kat ulu tembeling, lg nk jdkan international airport?? Ingat bijak sgt lettew..
Quote ultra78 17-8-2024 07:03 AM
Semua negeri dapat lapangan terbang antarabangsa! Barulah adil.Sedangkan Melaka pun ada sebiji walaupun tiada penumpang.

Oprah-You-Get-A-Car-Everybody-Gets-A-Car.jpg
Quote lucky_peace 17-8-2024 07:12 AM
Perlu ke setiap negeri nak international airport? Satu koridor pembangunan satu international airport sudah.
Quote espri6006 17-8-2024 08:01 AM
ntah..otak letak kat mana? lutut?...Flight ke KL pun tak sempat nak kentut....
Quote arareez 17-8-2024 08:18 AM
Kuantan tu high traffic ke? Selama ni ade ke airlines yg berminat buat International flight direct route ke sana?

Kalau penang, ada direct route SIN-PEN, HKG-PEN etc. because of corporate travellers and tourism.

Kuantan ada corporate travellers/tourists ke yg boleh justify buat International Airport ni?

Quote grouper 17-8-2024 09:01 AM
Buat le kulim dulu .. kedah lagi awal minta kot pahang ni mcm krik2 je..
Quote TeropongThaico 17-8-2024 10:57 AM
Org yg minta dulu tak dilayan siap dihalang2 yg krik2 pulak dioffer
Quote xy_daen 17-8-2024 02:13 PM
Kedah yang minta tapi Pahang yang dapat? Pemimpin bangsat
Quote DARSITA 17-8-2024 03:18 PM

setuju dgn semua pendapat di atas. Siapa yang pernah duduk di Kuantan tau la kan bertapa tak perlunya dibesarkan airpot di bt 9 itu. Lain la di zaman pewaja ^ petronas ada flight terus ke Singapore.

Share jer la dgn kem askar. BTW kalau lulus tokey cina mana la yang labur $$$? kerabat kerabat jadi ali-baba dan kaya raya
Quote Decaffeinated 17-8-2024 03:33 PM
Aku sempat la fly ke Singapore zaman ada direct flight dulu. BBNU mungkin tak tau kot.

Nak buat international facility tak semestinya kena buat airport baru. Buat partition ja pun boleh.  
Quote clueless_gamer 23-8-2024 11:02 AM
kulim tu buat dulu.. strategic mro port pastu nak bawak kargo je pun.. tak kan nak tapau bagi semua kt penang tu, dah lah kecik.. tamak gile

geng dia kalau pegang kuasa mmg dia tak bagi org lain naik, dimonopoly semua.. pandai berniaga katanya
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:22 PM
-----

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.084852 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top