|
PETALING JAYA – Istana Garuda yang bakal menjadi mercu tanda baharu Indonesia dan masih dalam pembinaan kini menjadi tular di media sosial kerana bentuk seni binanya. Menerusi laman media sosial Facebook Asean Skyline, bangunan yang diinspirasi daripada seekor burung garuda yang popular di Indonesia itu menyamai satu watak animasi. Bangunan tersebut dikatakan menyamai watak seekor kucing jantan bernama Jack merupakan salah satu watak utama animasi terkenal dari Perancis iaitu Oggy & Cockroaches. “Poopular dan sedang viral sekarang apabila ada yang menyamai bangunan Istana Garuda di Nusantara, Indonesia menyerupai watak Jack dari Oggy & Cockroaches.
“Apa pendapat anda pula?” soal laman sosial tersebut. Orang ramai turut memberikan komen mereka dan ternyata ramai bersetuju dengan kenyataan yang ditularkan itu. “Belum siap pun dah viral, oh Indonesia ku. Harap istana ini bakal terkenal nanti, ” ujar Iruwan Seluiman. “Mungkin juga diinspirasi dari kartun ini, terlalu mirip. Harapnya janganlah dicat warna hijau badan Jack nanti,” kata Rexy Sunarsari. Sumber: Kosmo |
hahaha.. betul lah... ada bentuk Jack.moolanji: macam tu je dia samakan.. haha ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.174213 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.