CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bilionair murah hati bawa 4,500 pekerja bercuti di hotel lima bintang

15-8-2024 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36300| Komen: 7

 

NEW DELHI – Seorang bilionair farmaseutikal India akan membawa kira-kira 4,500 pekerja ke Vietnam pada akhir bulan ini, lapor portal berita tuoi tre news hari ini. 

Para pekerja itu akan melawat tiga kawasan utara Vietnam, termasuk Hanoi, Wilayah Ninh Binh dan Teluk Ha Long di Wilayah Quang Ninh.

Perjalanan itu akan ditaja oleh Sun Pharmaceutical Industries Limited, sebuah syarikat farmaseutikal multinasional berpangkalan di India dan diasaskan oleh Dilip Shangvi, salah seorang bilionair terkaya di negaranya.

Kakitangan Sun Pharmaceutical akan tiba di Vietnam dalam satu siri kumpulan kecil antara 27 Ogos hingga  7 September depan dan mengikuti jadual perjalanan yang telah dirancang sebelumnya.

“Setiap kumpulan akan melawat Hanoi terlebih dahulu, diikuti oleh Ninh Binh dan Teluk Ha Long,” pengarah pemasaran agensi pelancongan Vietravel, Nguyen Nguyet Van Khanh. 


Beliau berkata, para pekerja itu akan menikmati penginapan di hotel empat dan lima bintang di setiap destinasi. – AGENSI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moolanji 16-8-2024 08:26 AM
Next, khairul aming..
Quote nisako 16-8-2024 10:38 AM
wow bestnye dpt boss gini
Quote supernaturalee 16-8-2024 11:19 AM
kenapa tak mai msia
blh jana pendapatan org msia

lps ni tourism target company ni
4,500 org x rm5k (busuk2) = 22.5 juta

ni baru yg company sponsor air flight ticket, sewa bas dgn hotel
belum lagi aci2, aya2 shopping

Quote cattiecute 16-8-2024 05:10 PM
ramai la muka2 india kat vietnam sanunn
Quote green~tea 16-8-2024 05:17 PM
Dari bawak bercuti mewah, baik kasi cash pada pekerja.. cash bonus
Quote yangsemb 16-8-2024 06:30 PM
Untungnya..
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:24 PM
-----

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.028228 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top