CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setahun cari suami hilang, rupa-rupanya dia kahwin lain

15-8-2024 11:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33794| Komen: 17

 


JAKARTA – Seorang pesohor media sosial di Indonesia kecewa selepas mendapat tahu bahawa suaminya yang sudah setahun hilang tanpa berita, sebenarnya melarikan diri bersama perempuan lain, lapor laman berita Wolipop semalam.

Wanita dikenali sebagai Aprilia Majid itu berkata, pelbagai cara telah dilakukan sebelum ini bagi mencari suaminya yang hilang tiba-tiba.

Dia juga mendapat perhatian pengguna media sosial selepas sering berkongsikan kisah rumah tangganya yang bahagia bersama suami serta dua anak mereka.

Kata Aprilia, dia ada membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya, namun, pihak berkuasa memberi alasan bahawa lelaki itu mungkin melarikan diri dengan wanita lain.

Setelah setahun suaminya hilang, Aprilia terkejut apabila mendapat tahu bahawa lelaki itu dilihat di Pulau Bali bersama seorang wanita.

“Orang yang saya percaya tidak akan menyakiti hati saya, akhirnya berbuat demikian,” ujarnya.


Menurut Aprilia, ada individu mengirimkan gambar suaminya bersama wanita lain di Bali, menyebabkan dia berasa kecewa.

Tambahnya, sehingga kini, suaminya masih belum mengirimkan sebarang berita kepadanya atau meminta maaf daripada dirinya. – AGENSI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 15-8-2024 11:06 PM
Dia kena buatan org kot
Quote PULANGKAN 16-8-2024 01:36 AM
Dia juga mendapat perhatian pengguna media sosial selepas sering berkongsikan kisah rumah tangganya yang bahagia bersama suami serta dua anak mereka.

overshare

sama ada salah bini. semua benda nak cerita

atau lelaki kena sondol. perempuan lain berkenan

hah, ape lagi orang lain. buat la jugak. Malaysia pun banyak kes
Quote Duriand24 16-8-2024 07:10 AM
Takde telo punya jantan.kalau nak berambus dengan org lain pun cerai dulu bini ko. Bodoh
Quote moolanji 16-8-2024 08:29 AM
Tak faham kenapa aniaya orang sampai macamni.. kuasa talak kat tangan lelaki..
Quote ezacbee 16-8-2024 08:55 AM
Ceraikan jela bukan hilang camtu. Bebal.
Quote lipans 16-8-2024 10:55 AM
nama dah nama motor aprilia.
Quote edayildiz 16-8-2024 11:08 AM
adoii bodoh la jantan ni..cuba jd gentleman..kalau dh xnak tu ckp je la nk cerai...i dh jth cinta kt org lain..
ini nk ghaib mcm gitu je..jahat
Quote sukacactus 16-8-2024 11:14 AM
Nama maybe sempena nama motor atau lahir bln april
Quote NazRysha 16-8-2024 11:16 AM
Babi punya jantan
Quote syamzana 16-8-2024 11:24 AM
lipans replied at 16-8-2024 10:55 AM
nama dah nama motor aprilia.

glamer woo moto ni jaman iols sek.
dulu senior F5 ada sorg naik moto ni dtg sek (sek iols sbp tp dia dpt permission dok luar kejap).
pakai jaket full face helmet dgn tgginya mmg wowww laa, skali bukak helmet huhuhuhu

**binawe la jantan ni pun, kan cerai lbh mudah dari hilang gitu je menyusahkan org je nak mencari
Quote plywood 16-8-2024 11:50 AM
baahahahahahhaah


Lawaklah .. setahun hilang rupanya dah cari kerang lain

Knplah bini tak boleh jaga suami... ni aku bagi petua untuk bini-bini semua mcm mana jaga laki masing-masing

"setiap pagi dan petang wajib keringkan kantung sperma suami masing-masing. sekiranya didapati masih melirik perempuan cantik, keringkan kantung sperma suami setiap 3 jam, boleh ditingkatkan ulangan jika didapati dia masih melirik perempuan cantik"

Pengkaji bebas
Oxford cari
2024



Quote batmana 16-8-2024 11:56 AM
senang sgt nk kawin, sana tkde daftar kawin ke?
Quote makita 16-8-2024 01:40 PM
Eh td lalu kat fb (tak pasti sahih ke tak) kisah somi duk menyelam beratus kali cari bini mangsa tsunami 2011 kat laut. Rupanya bini idop n dah kwen lain.
Quote selipar_hijau 16-8-2024 01:55 PM
Hahahaha licik kau bang
Sampai ke Bali mencari bahagia
Quote tompie 16-8-2024 04:15 PM
Di sana menanti di sini menunggu..
Quote jfq 16-8-2024 05:02 PM
Indon punya undang2 boleh kawin lebih dari satu ke
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:24 PM
-----

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.039094 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top