CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Hilang Telah Ditemui Di Bilik Tidur, Mayat Ada Kesan Jerutan Pada Leher

15-8-2024 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25132| Komen: 24

 


Seorang wanita telah ditemui meninggal dunia di dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota, Kuantan Pahang pada petang Rabu.

Menerusi laporan Sinar Harian, wanita itu dilaporkan hilang sebelum mayatnya ditemui oleh ibu mentuanya kira-kira jam 7.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa dipercayai tinggal di rumah itu bersama suaminya yang merupakan warga China dan seorang anak lelaki berusia tiga tahun serta adik ipar perempuannya.

"Pihak polis menerima laporan kehilangan mangsa oleh bapanya berusia 62 tahun (pengadu) kira-kira jam 3.25 petang pada Rabu."

"Bapa mangsa yang bekerja sebagai peniaga mendakwa gagal menghubungi anak ketiganya itu selepas kali terakhir mereka berhubung melalui pesanan WhatsApp jam 8.30 pagi hari yang sama."

Selepas pengadu melaporkan kejadian tersebut, pada pukul 7.30 petang pengadu telah dihubungi suami mangsa mengatakan mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik tidur dan mempunyai kesan jerutan pada leher.


"Susulan penemuan mayat wanita itu, polis telah menahan empat ahli keluarga termasuk suami, bapa, bapa dan ibu mentuanya berusia 27 hingga 62 tahun untuk siasatan lanjut."

Mayat suri rumah itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Susulan kejadian itu, semua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




Sumber: OhMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 15-8-2024 10:48 PM
Kalo ikot stail kes2 sekarang entah2 kucen yang buat.  Manosia dalam rumah tu tak cukop bukti nak tudoh..
Quote moolanji 16-8-2024 12:15 PM
astaghfirullah.. satu minggu ni tak habis dengan berita penemuan mayat.. semoga kita dapat pengakhiran yang baik2..
Quote mrsamz 16-8-2024 12:22 PM
lakonan tak menjadi ke macam mana nih? bapak cakap anak hilang tak dapat dihubungi, rupa2nya ada dalam bilik je dah gantung diri pulak..
Quote cantthinkofany 16-8-2024 01:46 PM
tumpanglalu74 replied at 15-8-2024 10:48 PM
Kalo ikot stail kes2 sekarang entah2 kucen yang buat.  Manosia dalam rumah tu tak cukop bukti nak tu ...

suatu penemuan yg tidak dijangka betoll la ayat lu....huhuhu
Quote cantthinkofany 16-8-2024 01:49 PM
terbaca satu pernyataan dalam tik tok....bukan jenayah yg semakin banyak...but disebabkan 5G...berita terkini tidak perlu lagi baca suratkhabar atau tengok berita tv....just at the tip of your finger....

is it good or is it a bad thing...to know or not to know as how it used to be before era med soc berleluasa....
Quote Nurul8001 16-8-2024 01:51 PM
tumpanglalu74 replied at 15-8-2024 10:48 PM
Kalo ikot stail kes2 sekarang entah2 kucen yang buat.  Manosia dalam rumah tu tak cukop bukti nak tu ...


Mungkin bukan kucing, tapi hantu yg buat.
Hantu memang boleh cekik orang.

Saya harap takde pembaris yg reply komen saya. Huhuhu
Quote kemaruk 16-8-2024 01:53 PM
Zaman najib dulu wajib ada ayat troll "malaysia masih aman"
Quote pearl.silver 16-8-2024 01:55 PM
Laki dia warga china kerja kilang kt kuantan bawa habis mak ayh adik duduk malaysia
Quote ezacbee 16-8-2024 02:12 PM
Pelik2 kes ni..
Quote cik_scha 16-8-2024 02:41 PM
macam2... sekarang
Quote sismarkonah 16-8-2024 03:45 PM
Edited by sismarkonah at 16-8-2024 03:48 PM
Nurul8001 replied at 16-8-2024 01:51 PM
Mungkin bukan kucing, tapi hantu yg buat.
Hantu memang boleh cekik orang.

ye ke sis? seramnya. kalau hantu tek mesti kena belit-belit dengan tek hantu tu , kalau hantu raya mesti hantu tu sempat tanya masa raya masak apa eh. Seram pulak, kesian semua yang duduk rumah tu sebab hantu-hantu rumah tu jahat, mesti mereka trauma

#pembaristitanium

baidaway, semoga "hantu" hamlau yang jahat  yang bunuh mangsa tu betul-betul mati terperanjat sebab setiap kali celik mata je nampak hantu menyeringai depan muka.
Quote pocongkiutss 16-8-2024 03:45 PM
kemaruk replied at 16-8-2024 01:53 PM
Zaman najib dulu wajib ada ayat troll "malaysia masih aman"

Skrg takde pulak eh ayat2 gaytuh
Quote syamzana 16-8-2024 03:45 PM
mak&bapa mentuanya tu duduk sekali ke?? knp kene tahan jugak?
bapak yg mencari pun kene tahan jugak??
yg adik ipar tu duduk sekali x kene tahan plak?
Quote darkness 16-8-2024 03:51 PM
Cek laki dia tu..takut plot twist mcm biasa
Quote tukul 16-8-2024 04:02 PM
pearl.silver replied at 16-8-2024 01:55 PM
Laki dia warga china kerja kilang kt kuantan bawa habis mak ayh adik duduk malaysia

Masuk macamana tu eh..ni ke yg masuk hilang tak keluar2....
Quote Kitty_catz 16-8-2024 04:29 PM
tumpanglalu74 replied at 15-8-2024 10:48 PM
Kalo ikot stail kes2 sekarang entah2 kucen yang buat.  Manosia dalam rumah tu tak cukop bukti nak tu ...

tacodnyaaa... meols ada tucenn june
acamni kena start kunci pintu bilik tingkap segala la

tak memasal esok lusa meols pulak masuk sorat kabar lamaaaaaaaaaaaaa
Quote pearl.silver 16-8-2024 04:55 PM
tukul replied at 16-8-2024 04:02 PM
Masuk macamana tu eh..ni ke yg masuk hilang tak keluar2....

Tu laa.. laki tu mungkin la ada pass kerja.. kt kuantan mmg ada kilang cina dr cina tu, plus geng2 cina ecrl lg.. yg ni mmg esok2 dpt kerakyatan laa..

Tp mak ayh adik tu, boleh lak berhijrah sama..
Quote tumpanglalu74 16-8-2024 06:33 PM
pearl.silver replied at 16-8-2024 01:55 PM
Laki dia warga china kerja kilang kt kuantan bawa habis mak ayh adik duduk malaysia

Bei so babiiii..  Bawak la bangsat2 tu sume dok sekali.  Ujong2 ko yang mati.  
Quote Enola 16-8-2024 08:45 PM
tumpanglalu74 replied at 16-8-2024 06:33 PM
Bei so babiiii..  Bawak la bangsat2 tu sume dok sekali.  Ujong2 ko yang mati.

Cash la kan sistaaa

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.041640 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top