CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Pesan Makanan Sama Tapi Harga Berbeza? Restoran Di Bandar Sri Permaisuri Diserbu KPDN

15-8-2024 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22898| Komen: 6



Sebuah restoran di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, menjadi tumpuan selepas tular di media sosial mengenai dua resit nasi goreng sardin dengan harga berbeza.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertindak pantas dengan memberi notis kepada restoran tersebut untuk menjelaskan isu yang timbul.

Menurut kenyataan KPDN Kuala Lumpur, sepasukan anggota dihantar untuk menyiasat dakwaan tersebut. Mereka telah bertemu dengan penyelia restoran dan memeriksa tanda harga dalam menu.

Hasil pemeriksaan mendapati harga nasi goreng sardin adalah RM9, dan caj 30 sen dikenakan untuk bungkusan, yang dinyatakan dengan jelas dalam menu.

"Menerusi pemeriksaan tanda harga pada buku menu di restoran itu mendapati harga nasi goreng sardin adalah RM9, manakala caj 30 sen bagi bungkusan dinyatakan dengan jelas dalam menu untuk makluman pelanggan.- Kata KPDN."


Bagaimanapun, bagi pelanggan yang makan di restoran, tiada caj tambahan dikenakan kecuali harga makanan dan tambahan cukai SST sebanyak enam peratus.



KPDN juga mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 untuk mendapatkan justifikasi perbezaan harga yang dilaporkan. Kedua-dua resit tersebut telah diserahkan kepada penyelia restoran untuk tindakan lanjut.

"Pihak restoran diberi amaran keras supaya sentiasa mengemas kini tanda harga agar pelanggan tidak keliru, mematuhi undang-undang, dan tidak mengulangi kesilapan dilakukan."

Restoran berkenaan juga telah memohon maaf atas isu tersebut dan bersedia untuk menghubungi pengadu bagi memberikan penjelasan. Mereka juga bersetuju untuk mengambil langkah pembetulan bagi mengelakkan perkara sama berulang.

KPDN mengingatkan orang ramai bahawa sebarang maklumat atau aduan boleh disalurkan kepada mereka untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, hantaran mengenai dua resit nasi goreng sardin yang menunjukkan harga berbeza telah tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.


Sumber: OhMedia



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 15-8-2024 10:56 PM
sapa suruh bg resit sama customer..kita mamak abangla sini tada kasi resit la.
Quote Carcosa 15-8-2024 11:47 PM
Kenapa mata meols nmpk penyelia restoren ni mcm lazat?
Adakah kemungkinan :
- meols taste dgn mamak
- meols taste dgn bangla
- meols taste dgn lelaki muka pixilated
- meols taste lelaki ketiak bawang
Quote sabundettol 16-8-2024 01:02 AM
Carcosa: Kenapa mata meols nmpk penyeli ...
kesitu lak perginya
Quote Beribear 16-8-2024 01:09 PM
Ohhh patutlahh haritu semua pekerja muka cam apa je.. rasa nak marah time tu.. semua mcm period.. eyyyy geram aih
Quote arareez 16-8-2024 01:13 PM
Carcosa replied at 15-8-2024 11:47 PM
Kenapa mata meols nmpk penyelia restoren ni mcm lazat?
Adakah kemungkinan :
- meols taste dg ...

Meolls vote semua di atas yachh
Quote moolanji 16-8-2024 01:30 PM
sedap2 je dia naikkan harga ikut sukahati dia..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.031358 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top