Pelawak Lan Pet Pet berkata dia bersedia kembali bersatu dengan kumpulan lagenda pelawak popular, Senario sebagai menghormati permintaan terakhir rakan seangkatannya, Allahyarham Hamdan Ramli. Memetik Harian Metro, Lan berkata isteri arwah Hamdan iaitu Nohamalini Ahmed berkata suaminya mahu dia bersama Senario semula seabgai satu keluarga. “Ketika menziarah keluarga Hamdan pada hari dia dikebumikan, isteri arwah iaitu Lin (Norhamalini Ahmed) bertemu dengan saya dan isteri, Ruby (Rubytah Abu Bakar) memaklumkan Allahyarham selalu tanya dan ingat pada saya. “Lin kata, arwah juga mahu saya bersama semula dengan Senario atas persahabatan kami semua sebagai satu keluarga. Saya pun bincang dengan Ruby dan kami sepakat, maka kini saya kembali bersama Senario semula,” katanya. Sementara itu, Lan berkata mereka semua anggota Senario seperti bersaudara dan rapat sesama sendiri, termasuk keluarga. Malah, anak-anak juga saling mengenali antara satu sama lain.
“Ketika arwah Hamdan sakit dan dia dirawat di Johor, saya memang tidak berkesempatan menziarahnya di sana. Cuma, saya dapat hadir pada hari pengebumian arwah dan berjumpa juga dengan semua rakan Senario yang lain. “Hubungan kami semua (Senario) tetap baik-baik selama ini, namun hanya saya seorang sebenarnya yang dah tak mahu aktif dalam karier seni,” katanya. Dalam pada itu, Lan berkata dia bersama kumpulan Senariounion bakal membuat persembahan konsert Showcase Senario semperna bulan kemerdekaan di Panggung Bangsawan Melaka pada 30 Ogos nanti. Sumber: Harian Metro, Beautifulnara |
ADVERTISEMENT