Tahniah diucapkan buat pasangan pelakon Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang bakal menimang cahaya mata kelima dijangka lahir pada Oktober depan. Memetik Harian Metro, Almy berkata dia dan suami meluahkan rasa syukur dengan rezeki diberikan selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Disember tahun lalu. “Alhamdulillah, saya dapat tahu hamil kira-kira dua bulan selepas kami kembali dari umrah. Saya juga alami alahan yang teruk ketika awal kehamilan hingga terpaksa keluar masuk hospital kerana tak boleh makan dan minum sebelum ini. “Sebenarnya, kami tak rancang untuk dapat anak kelima pun kerana saya sedang diet dan mahu menguruskan badan. Namun, kami terima dan bersyukur dengan rezeki dari Allah ini kerana Fizz memang mahukan anak yang ramai serta keluarga besar,” katanya. Usia kandungan kini sudah mencecah lapan bulan, Almy berkata dia tidak mahu berharap mendapat anak lelaki kerana bimbang akan kecewa dan hanya menyerahkan kepada Allah.
“Saya tidak buat pemeriksaan jantina bayi. Saya reda dan akan terima apa saja rezeki yang Allah nak bagi kerana yang penting bayi yang dilahirkan nanti dalam keadaan sihat, cukup sifat dan sempurna,” katanya. Dalam pada itu, ditanya mengapa rahsiakan kehamilan, Almy berkata ramai yang tidak tahu dia hamil kerana berat badannya juga turun dari 120 kilogram (kg) kepada 95 kg kerana amalkan diet. “Ahli keluarga kedua belah pihak pun hanya dapat tahu bila usia kandungan nak masuk empat bulan. Bukan sahaja Fizz, semua anak-anak juga gembira kerana mereka nak dapat adik dan anggota baru dalam keluarga,” katanya. Sumber: Rotikaya |
dua_chzy replied at 15-8-2024 12:30 AM
Almy pernah cecah 120kg?
sfrnna: Dulu masa belum kawin hot betu ...
ADVERTISEMENT