|
Memetik Harian Metro, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selangor ada mengesahkan pihak mereka menemui satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang. Menurut JBPM, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56. Ketika ditanyakan mengenai adakah mayat itu adalah orang hilang, penyanyi Nidza Afham Mokhtar, JBPM meminta agar ia diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Terdahulu, pihak polis menerima laporan kehilangan Nidza Afham yang keluar rumah pada 7.45 petang semalam namun tidak pulang. Nidza yang memakai baju biru hitam keluar rumah menuju ke Stadium Sultan Sulaiman untuk keluar berjoging seperti kebiasaan.
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.068157 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.