Sedia maklum, personaliti media sosia, DMA Islam yang sering cetuskan kontroversi susulan pandangannya mengenai sesuatu topik sekali lagi menjadi topik utama bualan warganet. Baru-baru ini, dia ada memuat naik satu video di laman Instagramnya berkata soal keinginannya apabila sudah mendirikan rumah tangga suatu hari nanti. "Nak ada isteri yang cantik yang boleh bagi aku unlimited BJ setiap hari."
Bukan saja meluahkan hal tersebut, malah personaliti media sosial itu berkata dirinya mahu memiliki anak yang ramai sebagai tanda lelaki kuat. Susulan video tersebut tular, rata-rata netizen meluahkan rasa berang dengan sikap ‘kotor’ lelaki terbabit yang menganggap perkahwinan hanya tempat untuk melempias nafsu. Dalam pada masa yang sama, ramai merasakan dia seperti tidak berfikir sebelum menyatakan pandangan sendiri dan berkongsi perkara yang tidak sepatutnya di laman media sosial. Sumber: Beautifulnara |
ADVERTISEMENT