CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adakah ini balasan saya langgar janji kepada ibu, isteri dan anak-anak? - Azizulhasni

14-8-2024 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21001| Komen: 66


 


KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal merealisasikan harapan membawa pulang pingat emas sulung negara di Paris 2024.

Walaupun sudah lima hari berlalu, katanya beliau masih terkesan dengan insiden memotong 'pacer' di saringan pertama pusingan awal acara keirin yang menyebabkan dirinya tersingkir, sekali gus percubaan meraih emas terkubur.

Atlet berpengalaman berusia 36 tahun itu berkata, proses persiapan menjelang Paris 2024 berjalan lancar dan sentiasa memainkan gambaran positif dalam usaha menyediakan sebuah cerita manis buat Malaysia dan kariernya.

Namun, semua itu tidak berhasil seperti dirancang apabila insiden berkenaan menyebabkan dirinya disingkirkan dan detik pada ketika itu seakan terhenti seketika buat dirinya.

"Saya tidak dapat mencari perkataan untuk menggambarkan perasaan yang saya alami pada detik itu. Tidak pernah saya terfikir yang perkara seperti ini akan berlaku.


"Saya hadir ke Paris dengan penuh harapan dan membawa misi penting negara tercinta. Mungkin ada yang kata harapan terlalu tinggi terlalu besar membuat saya hilang kawalan. Tidak sama sekali, semuanya berada di dos yang sepatutnya.

"Saya teringat janji-janji kepada ibu, isteri dan anak-anak yang ini merupakan penampilan Sukan Olimpik terakhir ketika mana mereka semua meminta untuk saya bersara selepas pulih dari pembedahan jantung dahulu.

"Saya terfikir adakah ini semua berlaku kerana melanggari permintaan mereka dahulu. Dari awal karier sehingga sekarang mereka inilah sumber kekuatan untuk saya meneruskan perjuangan sehingga mampu menjadi antara terbaik di puncak dunia," kata Azizulhasni dalam hantarannya di media sosialnya.

 

Semalam, Azizulhasni atau dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman mendedahkan menerima permintaan daripada beberapa pihak termasuk rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sharom dan ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan, John Beasley, yang memintanya meneruskan karier sehingga Los Angeles 2028 (LA 2028).

Begitupun katanya, beliau memerlukan masa untuk berehat selain membincangkan bersama keluarga bagi menimbangkan semula keputusannya untuk bersara.

"Islam mengajar kita untuk berdamai dengan takdir. Semua yang berlaku di dunia ini sudah ditentukan oleh Allah Azzawajala sebelum kita diciptakan lagi dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

"Syukur kerana saya berpegang teguh dengan tali Allah, jika tak saya tidak tahu bagaimana untuk menghadamkan dan memproses segala yang berlaku," katanya.

Terdahulu, Azizulhasni yang disandarkan harapan untuk menamatkan penantian emas negara pada temasya terulung dunia itu ditimpa nasib malang selepas disingkirkan seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Velodrom Saint Quentin, Sabtu lalu.

Penyertaan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu dibatalkan selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.

SUMBER: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 14-8-2024 03:29 PM
Tapi kata udah2 pasal dia, sekarang pasal Shah, tapi tak renti cerita hal dia.  Nak buat camno mungkin kau kena kurangkan riak tu.
Quote jejaka_hensem 14-8-2024 03:38 PM
Sikit2 cukup la,nanti org menyampah.
Tak habis2 nak salahkan org lain.
Quote Perawankota 14-8-2024 03:38 PM
Dia ni poyo ke
Quote riyadhK 14-8-2024 03:45 PM
Aiyooo menceceh tak renti2. Kalau tak potong pacer tu kau yakin confirm emas ke? Sudah2 la.
Quote axhiology 14-8-2024 03:45 PM
nak masuk LA2028 pon kena senyap2 jer lepas ni. tau tau bertanding je boleh tak azizul buat macam tu. aku rasa sometimes dia oversharing
Quote melekaifc 14-8-2024 03:47 PM
dia ni agak poyo sebelum ni. semua orang dia nak komplen. sebelum ni dia ada bagi surat apa tah ke KBS tak silap. komplen sana komplen sini. padahal duk ditatang kat melben sana tu.

Jadi dia tak dapat pingat kali ni iols tak terkesan pon. nampak dia agak riak dan ego lepas menang kejohanan dunia tempoh hari.
Quote manehnya 14-8-2024 03:49 PM
dah la tu, balik join budak lajak ja datok, takdak undang2 terpakai dlm dunia lajak..
Quote B40tastePosh 14-8-2024 03:53 PM
Alololo cian die, meh sini acik pelok
Quote asma87 14-8-2024 03:53 PM
Gong sangat agaknya
Quote Orix 14-8-2024 03:54 PM
pd iols, kalau itu minat beliau, sokong saja lah.... tak guna hidup lama2 tp tiada kepuasan... depend pd masing2 punya view...
Quote ladybugz 14-8-2024 04:01 PM
i baru terlintas waktu dia umum bersara ari tu, ish takkan nk akhiri dgn titik hitam mcm tu. mesti teruk mental n emosi dia lepas bersara nanti. buat la plan elok2 nk bersara. i stuju je dato usaha utk Olimpik LA nanti. at least dpt pingat satu lg pun utk penutup kerjaya dh okla. klu x rasa mcm sia2 je money n efforts tu. u hv been thru a lot takkan sbb yg ni je nk terus bersara. go dato go!
Quote supernaturalee 14-8-2024 04:26 PM
bila bkk mulut jd x berapa nk hensem
Quote selipar_hijau 14-8-2024 04:34 PM
dan dan la main sentimen mak, anak bini pulakkk,, cukup la wei noya aku dengau.. dah la menghabiskan duit kerajaan
Quote edayildiz 14-8-2024 04:51 PM
Perawankota replied at 14-8-2024 03:38 PM
Dia ni poyo ke

nampak muka mcm poyo jua
Quote moolanji 14-8-2024 05:04 PM
takda rezeki lagi.. harap2 tak putus harapan dato jijoe lagi lepasni..
Quote NazRysha 14-8-2024 05:05 PM
tak payah nak drama bagai la
dia duk study kat australia duduk satu famili pun kerajaan tanggungkan guna duit tax kita ni
so suka hati kita la nak kutuk cmna pun
buat sentimen anak bini pulak dah
Quote green~tea 14-8-2024 05:05 PM
Sudah2 la tu merintih..  move forward
Quote renko 14-8-2024 05:28 PM
ahhh sudah laaa
balasan sbb sendiri over confident ni
Quote cmf_jeangrey 14-8-2024 05:49 PM
Nak salahkan pacer pun, cyclists yg lain elok jah steady belakang sikit..

Seeloknya mengaku yg judgment heol kali ni tersilap..then promise to come back better next time di LA..

Nk resign dgn ending mcm ni is not good for your reputation walau rakyat malaysia rasa ok dah tu terkeluar tak boleh nak buat apa..you have to remember kerajaan spend berjuta utk you bawa balik gold olympic bukan terlajak ke depan pacer







Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.046415 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top