KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengambil pendekatan terbuka meskipun terdapat kritikan pedas yang menyifatkan program Road To Gold (RTG) kini bertukar kepada 'Road To Gangsa'. Bagi Hannah, peminat sukan boleh melontarkan apa sahaja yang ingin diperkatakan mereka di media sosial namun apa yang utama adalah pandangan dari pemegang taruh utama program berkenaan iaitu atlet dan jurulatih. "Kritikan itu memang sentiasa ada kerana peminat sukan pelbagai, semua orang minat sukan dan semua rasa mereka ada hak memberi kritikan. Itu kita terima kerana semua orang ada platform masing-masing, media sosial untuk menyatakan pendapat mereka. "Tetapi untuk kita di peringkat elit, yang paling penting adalah pendapat pengarah teknikal, jurulatih kerana mereka lebih tahu... yang itu paling penting dan kita sudah dengan daripada jurulatih seperti Rexy Mainaky (badminton) dan John Beasley (berbasikal trek) dan pemegang taruh kita (di) RTG, adalah jurulatih dan atlet.
"Kalau jurulatih dan atlet kata tanpa RTG, mereka tak mungkin akan dapat prestasi seperti ini, maka kita kena terimalah. Itu adalah hakikat, mereka yang merasai semua faedah RTG, pemegang taruh secara langsung," kata Hannah. Kontinjen negara mengakhiri Sukan Olimpik Paris 2024 dengan membawa pulang dua pingat gangsa menerusi sukan badminton, masing-masing dalam acara beregu lelaki, Aaron Chia-Woh Wooi Yik dan pemain perseorangan profesional, Lee Zii Jia. Begitupun, kontinjen yang disertai 26 atlet ini membuktikan semangat juang yang luar biasa walaupun turut dibarisi 58 peratus muka baharu di temasya terulung dunia itu. Antara yang menunjukkan prestasi cemerlang adalah atlet angkat berat, Aniq Kasdan yang mampu memberi cabaran dalam perebutan pingat dan memecahkan rekod kebangsaan sekali gus membuktikan program RTG kali ini memberi impak kepada barisan atlet. Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang membuat penampilan sulung di Olimpik turut berjaya mencatat rekod kebangsaan baharu ketika menyertai acara pecut wanita. Untuk rekod, program RTG mula dilancarkan pada Mac tahun lalu dan ia membabitkan dua kitaran Olimpik iaitu Paris 2024 dan Los Angeles 2028. SUMBER: Berita Harian |
KamikuP replied at 14-8-2024 04:02 PM
Kan elok guna bahasa Melayu 'Jalan Keemasan; gitohh
sayurmayur88 replied at 15-8-2024 11:23 AM
netizen Malaysia bab2 menganjeng, toksik memang pakar..
KamikuP: Kan elok guna bahasa Melayu 'Jalan Keemasan; gitohh
ADVERTISEMENT