LIPIS – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku menjadi dalang utama menyingkirkan Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas mengetahui bekas perdana menteri itu mahu mengharamkan UMNO. Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, tindakan Dr Mahathir diketahuinya daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di Institut Latihan Memperkasakan UMNO, Janda baik. Menurut beliau, tindakan luar biasa itu yang dilakukan itu adalah wajar dalam keadaan mendesak demi menyelamatkan UMNO. ”Datuk Seri Anwar katakan kertas untuk haramkan UMNO telah pun ada di atas meja Menteri Kementerian Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yasin) untuk haramkan UMNO. ”Dalam situasi macam itu tentulah ahli-ahli mengharapkan kepada saya dan memikir cara terbaik untuk UMNO tidak diharamakan. Saya terpaksa cari jalan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cameron Highlands di Dewan Terbuka Laman Sejahtera di Sungai Koyan, dekat Lipis hari ini yang dihadiri oleh 240 pewakilan.
Hadir sama Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan mantan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob. Ahmad Zahid turut mengaku di hadapan semua perwakilan di Felda Koyan bahawa beliau tidak sanggup parti UMNO dihina dan dijatuhkan oleh Dr. Mahathir. ”Saya ingin nyatakan saya adalah dalang utama yang jadikan Tun Dr. M ketika itu. Mana mungkin dihina, dijatuhkan dijatuhkan dengan fitnah yang pelbagai kita juga dipijak. ”UMNO dikatakan perasuah, perompak. Semua tahu bila saya tidak mahu bersetuju dengan Tun Dr. M,” katanya. SUMBER: MalaysiaGazette |
nusaraya replied at 14-8-2024 10:05 AM
Zahid vs Mahathir .... 2 tokoh melayu yang berperan besar mempercepat hancurnya UMNO ...
Rogue98: Maknanye Anwar lah yang selama ...
snowflakes replied at 14-8-2024 05:48 PM
Kenapa dia nak rasa bangga jatuhkan mahathir? Bukan bagus pun
snowflakes replied at 14-8-2024 05:48 PM
Kenapa dia nak rasa bangga jatuhkan mahathir? Bukan bagus pun
ADVERTISEMENT