CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid bukan hero, dia hanya mahu menyelamatkan diri – Tun M

14-8-2024 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9727| Komen: 6

 


KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu mendabik dada mendakwa dirinya hero atau wira menjatuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali gus menyelamat UMNO.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak tidak boleh dijatuhkan oleh Ahmad Zahid atau UMNO kerana parti itu kalah dalam pilihan raya umum.

Pihak yang tewas katanya, tidak berhak untuk menjatuhkan parti yang menang.

Dr. Mahathir menjelaskan, dia meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas parti yang dipimpinnya, Parti Pribumi Bumiputera Malaysia (Bersatu) menolak nasihat yang diberikan.

“Pada kebiasaannya apabila seorang pemimpin tidak lagi diberi kepercayaan oleh pengikutnya dia, secara terhormat sepatutnya letak jawatan. Dan itulah yang saya lakukan.

“Zahid tidak perlu mendabik dada sebagai hero yang menjatuh saya dan menyelamat UMNO.


“Zahid bukan hero. Dia hanya seorang yang menghadapi tuduhan dalam mahkamah dan sanggup bekerjasama dengan musuh ketat UMNO, iaitu DAP, supaya jadi Timbalan Perdana Menteri demi menyelamatkan dirinya dari dibicara berkenaan kesalahannya,” kata Dr. Mahathir.

Beliau mengulas dakwaan Presiden UMNO itu yang mengaku menjadi dalang utama menggulingkan beliau dalam usaha menyelamatkan UMNO daripada diharamkan.

Dr. Mahathir sekali lagi mendedahkan, Ahmad Zahid bertemu beliau dua kali termasuk sejurus UMNO tewas dan mahu mengetahui nasib yang akan menimpa terhadap parti itu.

“Bagi saya UMNO sudah tidak lagi berpegang kepada dasar penubuhan UMNO iaitu berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Parti yang mengguna nama UMNO berjuang untuk wang (Cash is King).

“Oleh kerana perjuangan tidak sama dengan perjuangan asal UMNO, hak untuk dikenali sebagai parti UMNO sudah hilang. Oleh itu adalah lebih baik bagi nama UMNO tidak diguna dengan cara membubar parti yang mengguna nama UMNO.

“Zahid tidak bersetuju dan tidak membubar partinya yang mengguna nama UMNO,” kata Dr. Mahathir.

Kali kedua Ahmad Zahid datang bertemu dengan dirinya selepas  didakwa di mahkamah dan cuba menjelaskan dirinya tidak bersalah.

“Saya jelaskan saya tidak berkuasa membebaskan beliau. Bukti yang cuba ditunjuk kepada saya sepatutnya ditunjuk kepada hakim mahkamah.

“Sebab yang saya letak jawatan ialah apabila kemudian parti saya, Bersatu, menolak nasihat saya.

“Pada kebiasaannya apabila seorang pemimpin tidak lagi diberi kepercayaan oleh pengikutnya dia, secara terhormat sepatutnya letak jawatan. Dan itulah yang saya lakukan,” kata Dr. Mahahir.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, tindakannya menjadi dalang adalah penting untuk menentang Dr Mahathir yang didakwanya ketika itu mahu membatalkan pendaftaran UMNO.

Timbalan Perdana Menteri itu membuat pendedahan itu ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Cameron Highlands di Laman Sejahtera Jelai di Sungai Koyan.

SUMBER: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladybugz 14-8-2024 01:18 PM
Edited by ladybugz at 14-8-2024 01:19 PM

Louder Tun! u can say whatever to this man but u cant deny that he got so much guts to speak his mind. salute!
Quote SalenaGomez 14-8-2024 01:20 PM
Zahid mmg x malu. Umno kalah koooot. Ko pon org suruh letak jawatan. Banyak eh bunyi
Quote Orix 14-8-2024 02:06 PM
Bestnya kalo dpt tgok atok sumbat wak jahid ni dlm jail one day
Quote allshares 14-8-2024 07:04 PM
Tibe2 plak dia jatuhkan. Padahal atok yg letak jawatan. Kecoh 1 msia. Kena setepek dah kalah tu kalah la. Hidup israel. Hidup israel. Eh?
Quote otai_g 14-8-2024 07:21 PM
Aku x Tau la bodo mn yg Masih sokong wak pornorogo ni. Da bnyk kali wak kantoi menipu. Hm lantak la biarlah dia terus berada dlm kebodohan. X de ubat da
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:34 PM
----

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.198946 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top