CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M sudah kalah dengan Zahid – Puad Zakarshi

14-8-2024 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9999| Komen: 13

 


KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zakarshi menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah kalah dalam perjuangan politiknya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, segala-gala yang dilakukan Dr. Mahathir telah gagal termasuk UMNO yang tidak mati, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri, manakala anaknya, Datuk Seri Mukhriz tersisih daripada dunia politik.

Ujarnya, Dr. Mahathir hanya berjaya memenjarakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Oleh itu, sumbangan Zahid jatuhkan kerajaan 22 bulan Tun adalah benar. Sumbangan Zahid jatuhkan kerajaan 17 bulan Muhyiddin juga benar. Dan sumbangan Zahid UMNO berkongsi kuasa hari ini juga benar.

“Tun M tidak suka mengalah. Kali ini dia kalah. UMNO masih ada tempat berbakti kepada rakyat. Berehatlah Tun. Jasa mu tetap dikenang,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.


Sementara itu, kata Mohd. Puad, Dr. Mahathir bagaimanapun betul apabila mengatakan beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas kerelaannya, bukan kerana Ahmad Zahid.

“Tun M kata dia letak jawatan atas kerelaannya. Bukan kerana Zahid. Dia berbuat demikian kerana Bersatu tidak mahu mendengar nasihatnya.

“Itu betul. Nasihatnya tidak lagi laku. Usaha terakhir untuk jadi PM interim bukti dia tidak mahu lepas jawatan. Itu pun gagal. Terpaksalah dia letak jawatan.

“Ketika itu PKR dan DAP mahu Tun M kekal. Mahathir tubuh Pejuang untuk kembali jadi PM. Tetapi “times over”,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mendedahkan beliau ialah dalang utama yang menjatuhkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam usaha menyelamatkan tindakan mengharamkan parti UMNO.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir menafikan Ahmad Zahid menjatuhkan beliau dan Presiden UMNO berkenaan bukan hero yang menyelamatkan UMNO. 

SUMBER: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 14-8-2024 09:53 PM


saka kerala


Quote shida81 14-8-2024 10:33 PM
Geli je jahid ni.. Sendiri announce diri hero.. Knp x ko je yg jatuh dr jambatan jahid oii
Quote Orix 14-8-2024 10:48 PM
atok tu 22 tahun 22 bulan jd PM x pernah sekali pun bangga diri.... kelako la....

kita tgok la nnt siapa yg akan has the last laugh
Quote ayahibu85 14-8-2024 11:08 PM
halah2...
dan2 ko nak ngampu zahid yer
jenis pemimpin tak boleh pakai
pikir ikut tembolok sendiri
perjuangan ko lagi hina
Quote s@s@ 15-8-2024 08:41 AM
puad makin tua makin bodoh
ko x nampak ke bawah wak, umno makin hina.
Quote SalenaGomez 15-8-2024 08:50 AM
shida81 replied at 14-8-2024 10:33 PM
Geli je jahid ni.. Sendiri announce diri hero.. Knp x ko je yg jatuh dr jambatan jahid oii

Apa nak bangga ngn konoha perasan bagus tu. Muka tembok, umno kalah patut turun lah, guna kuasa veto utk menten kat atas. X nampak apa2 jasa utk kemajuan malaysia
Quote supernaturalee 15-8-2024 08:59 AM
suckerrrrrrrrrrrrrrr



Quote AbukRokok 15-8-2024 10:18 AM
sesama merancang lepas tu claim kredit?
Quote lipans 15-8-2024 01:43 PM
bangga dapat kalahkan atok umo hanpir 100 tahun.
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 01:34 PM
-----
Quote Kiahlemau 23-8-2024 02:07 PM
Halahhhh bangga benor dgn amno yg level hidup segan mati pun tak mau tu...g mampus la dgn ketuannan amno korg tu...syok sendiri je yg lebih. Padahal org pun malu nk ngaku sokong amno skrg ni
Quote Nurdianah 25-8-2024 10:28 AM
Quote xy_daen 25-8-2024 03:31 PM
Muka Puad muka mintak libas dengan penyapu lidi

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.045324 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top