CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saham Starbucks melonjak selepas lantik CEO baharu

14-8-2024 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9488| Komen: 2



NEW YORK: Starbucks hari ini mengumumkan bahawa Brian Niccol, Ketua Eksekutif di Chipotle Mexican Grill, akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu rangkaian kopi itu, hanya lebih setahun selepas CEO sekarang, Laxman Narasimhan mengambil alih peranan itu.

Narasimhan meletakkan jawatan sebagai CEO dan sebagai ahli lembaga Starbucks 'berkuat kuasa serta-merta', kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Saham Starbucks melonjak sekitar 21 peratus pada awal dagangan, manakala saham Chipotle jatuh lebih 12 peratus.

Peralihan kepimpinan berlaku apabila Starbucks berusaha untuk mengubah perniagaan, sambil berdepan dengan penurunan jualan menyeluruh dalam keputusan kewangan terkininya.

Syarikat itu juga menyaksikan laporan pendapatan April yang lemah, mencetuskan tindak balas yang sukar di Wall Street dan menyebabkan Narasimhan menjanjikan penetapan semula perniagaan.


Starbucks sebelum ini menyebut sentimen pengguna yang lemah dan keadaan pasaran yang sukar di China sebagai faktor pencetus masalah.

Syarikat itu juga berdepan dengan tekanan daripada dana aktivis Elliott Investment Management, yang mengambil bahagian dalam rangkaian itu dan telah mencari jalan untuk meningkatkan harga saham.

"Penggantian Laxman Narasimhan sebagai CEO Starbucks adalah hasil daripada rasa tidak puas hati yang semakin meningkat, terutamanya daripada pelabur aktivis, mengenai cara rangkaian itu dijalankan," kata Pengarah Urusan GlobalData, Neil Saunders dalam satu kenyataan.

"Walaupun beberapa kelembapan boleh dikaitkan dengan pengurangan pengguna, banyak juga berpunca daripada pengalaman di kedai yang semakin buruk dan kekurangan inovasi dalam bidang seperti makanan," tambahnya.

Pelabur mungkin mengharapkan penambahbaikan dalam operasi seharian dengan membawa Niccol menerajui syarikat itu.

"Brian ialah pembawa budaya yang membawa banyak pengalaman dan rekod prestasi yang terbukti dalam memacu inovasi dan pertumbuhan," kata Pengerusi Lembaga Starbucks, Mellody Hobson dalam satu kenyataan ketika syarikat itu mengumumkan perubahan kepimpinan.

Niccol telah berkhidmat sebagai CEO Chipotle sejak 2018.

Dalam menamakan beliau CEO baharu Starbucks, syarikat itu menyatakan bahawa kerjanya di Chipotle telah 'mendorong pertumbuhan dan penciptaan nilai yang ketara', memetik hasil yang telah meningkat hampir dua kali ganda dan keuntungan yang lebih tinggi.




SUMBER: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honam 14-8-2024 09:07 AM
salah satu franchisors franchisees yg semakin nak melingkop  
Quote akugemuk 15-8-2024 05:59 PM
Patutla banyak iklan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.067475 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top