Kuala Lumpur : Pelakon, pengacara dan anggota kumpulan lawak Masin, Jiggy, 35, bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyunting gambar isterinya, Nur Dhabitah Sabri, 25, yang juga atlet terjun negara menjadi tidak senonoh. Menerusi perkongsian dibuat di Instagram Story (IG's) baru-baru ini, Jiggy meluahkan kemarahan terhadap tindakan individu yang sanggup menyunting dan memuatnaik foto tidak senonoh Nur Dhabitah sehingga menarik perhatian ramai. "Berdasarkan kenyataan pengawai penyiasat dan peguam, surat saman sudah dikeluarkan kepada individu terbabit. Saya tetap akan teruskan tindakan ini (saman) kerana apa yang dia lakukan sangat keterlaluan. "Sanggup menyunting dan memuatnaik gambar tidak senonoh isteri saya, sedangkan Nur Dhabitah ketika itu berusaha dan berjuang untuk negara. Ada dua keping gambar sampai ke tangan saya sejak Nur Dhabitah layak mara ke separuh akhir," katanya.
Jiggy berkata, dia masih boleh menerima dan bersabar lagi sekiranya netizen menulis komen berbaur kecaman, namun apabila sampai ke tahap menyunting foto, ia sudah menghina dan mengaibkan isterinya. "Saya tidak mampu menghalang sudut pandang seseorang terhadap Nur Dhabitah, tapi apabila sanggup bertindak menyunting gambar isteri saya jadi tidak senonoh, ia bukan perkara yang boleh dipandang remeh lagi. "Lebih buat saya sakit hati apabila fikirkan adab masing-masing yang dah tiada. Sebagai manusia, kalau nak pandang dari sudut sukan, okeylah. Tapi, tolong faham masih ada hadnya," katanya. Menurut pemilik nama sebenar, Mohammad Aizat Ahmd Nazri ini, tindakan undang-undang diambilnya buat segelintir pengguna media sosial itu adalah sebagai pengajaran dan peringatan agar mereka tidak sewenang-wenang bersikap keterlaluan. SUMBER: Harian Metro |
iraizz replied at 14-8-2024 10:10 AM
Mengiurkan ke badan dhabitah ni? Biasa je walau pakai swim suit. Entah2 apa2 la si jantan2 otak kuni ...
duri_durians replied at 14-8-2024 10:36 AM
hahah tu la. bhitah ni tgk macam budak2 je. innocent je. badan pun kecil molek.
ADVERTISEMENT