CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tesla dialu-alukan buka pusat penyelidikan pembangunan di Selangor - Amirudin

14-8-2024 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9495| Komen: 0


Shah Alam: Selangor masih mengalu-alukan kehadiran Tesla untuk membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia kerana syarikat terbabit sudah mempunyai ibu pejabat di Cyberjaya.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau difahamkan Tesla juga merancang menambahkan jumlah pusat pengecasan yang sedia ada selain membuka sektor perkilangan pada masa akan datang.

"Ibu pejabat, mereka sudah buka. Pusat servis mungkin mereka akan buka selepas ini sebab mereka hendak luaskan pasaran di Asia, jadi yang lain-lain itu kalau ada keperluan R&D kita alu-alukan.

"Kita ada banyak lagi (pelaburan) dan sekarang kita sudah terjun dalam semi konduktor, tapak di Sepang dan beberapa tempat kita fokuskan persediaan untuk semi konduktor ataupun industri lain.

"Jadi, industri semi konduktor pun kemasukan mereka agak luar biasa," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2024 di Dewan Raja Muda Muda, Seksyen 7 di sini hari ini.


Mengulas mengenai program hari ini katanya, peruntukan sebanyak RM10 juta pada tahun ini adalah komitmen kerajaan negeri untuk terus menyokong pendidikan anak-anak Selangor, terutama kepada mereka yang memerlukan seperti golongan B40, supaya tiada pelajar yang tercicir dalam memperoleh pendidikan berkualiti.

"Dengan wujudnya inisiatif PTRS ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor akan terus berusaha dan bekerjasama dalam memastikan kejayaan anak-anak negeri Selangor, seterusnya melahirkan generasi yang mampu berdaya saing dan membawa impak yang signifikan ke arah yang lebih gemilang.

"Hari ini MBI Selangor melalui Yayasan MBI melancarkan PTRS 2024 yang mana MBI Selangor bertindak sebagai penganjur utama dan penaja program bermula pada lalu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

"Tahun lalu, 65,000 pelajar tingkatan lima menerima manfaat program ini melalui pemberian modul serta kelas tambahan secara percuma. Makanan tengah hari turut diberikan kepada pelajar yang menghadiri kelas serta elaun mengajar diberikan kepada guru terbabit," katanya.


SUMBER: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.053109 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top