Dendam untuk memburu emas pertama Sukan Olimpik terus membara selepas kegagalan untuk meraih kilauan pingat itu di Paris 2024. Ketua Kontinjen Malaysia Ke Sukan Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin, menegaskan persiapan atlet untuk edisi Los Angeles 2028 perlu dipersiapkan daripada sekarang untuk memadamkan penantian lama itu. "Kalau tanya saya memanglah selaku ketua kontinjen, termasuk semua pihak, menteri dan sebagainya, nak emas dan kita berusaha ke arah itu, namun gagal. "Jadi, kalau tanya saya, dendam itu membara di Los Angeles 2028. Kita mesti berusaha untuk dapatkan emas dari sekarang sebab Sukan Olimpik ini tempat satu dunia beraksi dan kejohanan sangat elit. "Perlukan pengorbanan, bukan hanya kerajaan, persatuan atau Majlis Sukan Negara tetapi atlet juga perlu berkorban. "Bukan hanya semasa hari bertanding dalam Sukan Olimpik sahaja tetapi perlu bermula sekarang," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Paris hari ini.
Dalam Sukan Olimpik kali ini, kontinjen negara membawa pulang dua pingat gangsa dari gelanggang badminton menerusi pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dan perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia. Dalam pada itu, mengulas mengenai keseluruhan prestasi kontinjen negara, Hamidin berkata beberapa atlet menunjukkan peningkatan berbanding prestasi mereka terdahulu. "Sebahagian besar atlet kita menunjukkan peningkatan daripada rekod mereka. "Kita boleh tengok badminton, angkat berat dan sebaginya. Ini satu peningkatan yang bagus walaupun kita dapat dua pingat gangsa," katanya lagi. SUMBER: Sinar Harian |
"Perlukan pengorbanan, bukan hanya kerajaan, persatuan atau Majlis Sukan Negara tetapi atlet juga perlu berkorban.
ifanonline replied at 14-8-2024 04:13 PM
sukan di malaysia not lucrative enough...sebab tu pemain bolasepak suka main di JDT...kelab2 lain ga ...
sharlenetexas replied at 14-8-2024 04:14 PM
Kalau cina india dll macamana pulak?
supernaturalee replied at 14-8-2024 04:09 PM
jijo letak family no 2
korban ape lagi yg kau nafikan???
mcm narcissist plk die ni
supernaturalee replied at 14-8-2024 04:06 PM
nak pegi LA la tuuuuuuuuuuu
ADVERTISEMENT