Dikecam gara-gara adegan melampaui batas dalam muzik video bersama penyanyi Korea Selatan Jessi, penyanyi Afgan enggan melayan komen negatif netizen sebaliknya memilih memekakkan telinga. Ujar Afgan atau nama sebenarnya Afgan Syahreza, 35, dia dan penyanyi berkenaan sangat rapat dan berbuat demikian hanya untuk menyampaikan aura dan tenaga bagi merancakkan lagu tersebut. “Sebenarnya setiap aksi yang dilakukan dalam video berkenaan adalah untuk menggambarkan lagu disampaikan. “Lagunya juga sangat ‘fun’, sudah tentu pergerakan juga lebih riang. Banyak yang ‘candid’ sebenarnya. Aksi yang dilakukan juga lebih kepada kawan rapat bersuka ria bercuti bersama. “Sangat tak ambil peduli sangat dengan komen negatif netizen, niat saya hanya untuk menyampaikan mesej dan ‘vibes’ lagu tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online. Ditanya bagaimana kolaborasi itu terjadi, pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu memberitahu dia hanya mengajak Jessi menerusi mesej langsung (DM).
“Saya dan Jessi memang berkawan, dia pernah datang ke Jakarta dan berada dalam satu acara dengan saya. “Jadi masa saya mahu siapkan album saya, ada satu lagu yang saya fikir lebih seronok jika berduet. Melihatkan muzik dan energi lagu tersebut, saya merasakan Jessi adalah orang yang tepat. “Saya DM dan syukur dia bersetuju. Saya hantar lagu itu dan beberapa minggu kemudian dia kirim balik lengkap dengan suaranya,” ujarnya pada sidang media konsert Afgan Ada Lyodra Live in Kuala Lumpur, disini, semalam. Terdahulu, sejak video muzik kolaborasi Afgan dan Jessie berjudul Escape yang dilancarkan sebulan lalu memuatkan beberapa babak yang mengundang rasa kurang senang netizen. Ramai mendakwa Afgan terlalu ‘memberi’ dan terlampau intim dalam video muzik tersebut sehingga menyebabkan aksi berkenaan dikatakan kurang sesuai untuk tontonan peminat bawah umur. SUMBER: Kosmo |
Carcosa replied at 13-8-2024 06:24 PM
Gelinya tgk tek Jessi. Fake nk mampos.
bottompro replied at 14-8-2024 08:06 AM
Heols closeted. Peluk2 apum tidaklah naik cikneknya. Hahahahaa. So peluk2 ni mcm peluk2 sesama siste ...
Carcosa replied at 14-8-2024 02:24 AM
Gelinya tgk tek Jessi. Fake nk mampos.
bottompro replied at 14-8-2024 08:06 AM
Heols closeted. Peluk2 apum tidaklah naik cikneknya. Hahahahaa. So peluk2 ni mcm peluk2 sesama siste ...
Carcosa replied at 14-8-2024 02:24 AM
Gelinya tgk tek Jessi. Fake nk mampos.
shernazz replied at 15-8-2024 10:26 PM
Walaupung jessi fake segalanya
Tapi iols suka dia
Hahaha...
ADVERTISEMENT