CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemenang emas Olimpik Pakistan, Arshad Nadeem dapat hadiah kerbau

13-8-2024 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32420| Komen: 44



ISLAMABAD – Pemenang pingat emas Olimpik Pakistan, Arshad Nadeem menerima hadiah unik daripada bapa mentuanya berupa seekor kerbau.

Hadiah tradisi itu bagi meraikan pencapaian luar biasa Arshad memenangi acara merejam lembing pada Olimpik Paris baru-baru ini.

Dia mencatat jarak 92.97 meter sekali gus memecahkan rekod Sukan Olimpik.

Bapa mentua Arshad, Muhammad Nawaz berkata,hadiah kerbau dianggap sangat bernilai dan dihormati dalam kalangan masyarakat setempat.

Arshad di sebalik kejayaan antarabangsa tersebut, masih tinggal bersama kedua ibu bapa dan saudara lelakinya di Khanewal, Punjab.

Anak perempuan Muhammad Nawaz, Ayesha berkahwin dengan Arshad. Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

“Enam tahun lalu apabila kami membuat keputusan untuk mengahwinkan anak perempuan kami dengan Arshad, dia melakukan kerja rencana tetapi sangat komited kepada sukannya (merejam lembing).


“Dia sentiasa berlatih di rumah dan di padang,” kata bapa mentuanya. – AGENSI


SUMBER: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 13-8-2024 11:22 PM
Waaaaah dia baling lembing close tu 100 meter gaisssss

Pakistan lagik ada emas despite miskin mundur berbanding Melesia. Cei.
Quote dua_chzy 13-8-2024 11:24 PM
Berlatih di rumah dan di padang (padang kampung kot aiol presume) ja.

Macam atlit Pelipin Olympian gold medal angkat berat yang berlatih di kawasan perumahan luar bandar di Melaka ja tu. Tadak pun equipment canggih2.

Baik atlit2 Malaysia ni hanto berlatih kat bendang jua. Kot2 hidup susah lagik buat deol maju.

Quote Mary_jane 13-8-2024 11:57 PM
Inspiring betul kisah dia, orang2 kampung pakat kumpul duit hantar dia gi olimpik.

Pakistan ni buat nuklear ada plak duit nya, spedo atlit champion macam ni takde dana plak. Apo?
Quote Mary_jane 13-8-2024 11:58 PM
Semua tiga pingat emas Pakistan sebelum ini hadir dalam sukan hoki lelaki dengan pasukan mereka memenangi emas pada tahun 1960, 1968 dan 1984. - Sinar Harian


Oh emas pertama untuk acara individu.
Quote Itzy 14-8-2024 01:43 AM
dua_chzy replied at 13-8-2024 11:24 PM
Berlatih di rumah dan di padang (padang kampung kot aiol presume) ja.

Macam atlit Pelipin Olympian  ...

Tak perlu la nak kemaruk emas olimpik ni, sukan banyak bawa agenda mesej lgbt. Lepas aku banyak tengok sukan2 dicemari dengan mesej lgbt dan banyak penipuan, aku dah tak tertarik tengok sukan. Kalau aku tengok pun sebab aku nak ketawa cari hiburan tengok gelagat puak lgbt dan penyokong2 dia.
Quote Tinot7 14-8-2024 01:43 AM
Tahniah..

Quote Tinot7 14-8-2024 01:46 AM
dua_chzy replied at 13-8-2024 11:24 PM
Berlatih di rumah dan di padang (padang kampung kot aiol presume) ja.

Macam atlit Pelipin Olympian  ...

Iols pun kagum dgn atlit pilipin tu..
Quote Carcosa 14-8-2024 02:29 AM
Ok meols ternangis yach, masa dia menangis peluk sapa tah, maybe Coach dia kot, sblum dia lari2 bwk flag Pakistan tu. Masa dia nangis teresak2 tu, mcm nmpk dia lepaskan habis, segala lelah jerih payah, hah gituu. Mcm nmpk lembik habis lah, lepaskan semua kesedihan. Meols baca somewhere, dia merata2 cari sponsor utk ke Olympic, even pinjam duit sedara mara yg sah2 tak kaya raya. Huhuhuu cedeyyyy
Quote MissYouSayang 14-8-2024 03:17 AM
Jauh beza dgn msia yg habis berbilior2 utk sukan dgn mgunakan duit rakyat termasuk  beli beskal mahal nak mampusss tp ujung2 haukkk jah...
Quote dua_chzy 14-8-2024 07:22 AM
Itzy replied at 13-8-2024 05:43 PM
Tak perlu la nak kemaruk emas olimpik ni, sukan banyak bawa agenda mesej lgbt. Lepas aku banyak te ...

Then benti berforom la juga kak. Banyak dosa banyak lagha ja forom ni. Dari LGBT ke zina laki orang bini orang suma hada. Pi banyakkan ibadah, 24 jam berzikir, lagik afdal.
Quote lightheaded67 14-8-2024 07:23 AM
Edited by lightheaded67 at 14-8-2024 07:24 AM

congratssss. aiol td pikir knp bg kerbau nnti satu hal nk jaga nk bela kluar modal lagi, np tak bg cash. oh rupanya pak mertua bagi, oso kerbau tu simbolik yg elok kat kwsn situ... ok lah paham huhu
Quote sarah_ary2 14-8-2024 08:44 AM
aiols pun impressed dgn arshad ni , kalau tgk interview dia memang nampak dia ni rajin betul, jenis x putus asa, sambil bekerja sambil berlatih, dahlah berlatih guna buluh jah sebab tak mampu nak ada galah javelin mcm yg moden punya
Quote Dwdrum 14-8-2024 08:52 AM
Edited by Dwdrum at 13-8-2024 05:30 PM

Tahniah... Memang determination dia ini same seperti ledecky bukan overly confident
Quote dua_chzy 14-8-2024 11:08 AM
Dia dah jadik jutawan gais.

https://www.kosmo.com.my/2024/08 ... -kaya-sekelip-mata/

Sapa kata tayah hadap sangat emas Olimpik takda guna takda makna?
Quote Dwdrum 14-8-2024 11:56 AM
Ada saja sports tidak perlu gold olympic medal untuk jadi kaya memang grand slam lebih important... Seperti tennis... Djokovic
and nadal berapa kali menang gold olympic di banding kan grand slam.. Untuk golf.. Tiger wood berapa kali di olympic and pga grand slam?.... Ada yang kata golf ini underdog sport lagi.... Dahulu ada malaysia minister support malaysia golfer untuk level international pun tidak lepas untuk qualify PGA........cova acik cgeck networth yang aku sebut itu
Quote supernaturalee 14-8-2024 12:19 PM
dua_chzy replied at 14-8-2024 07:22 AM
Then benti berforom la juga kak. Banyak dosa banyak lagha ja forom ni. Dari LGBT ke zina laki oran ...


Quote selipar_hijau 14-8-2024 12:30 PM
comelnya dapat hadiah kerbau
aku pn touching tgok dia dpt gold medal & pecah rekod & bersusah payah nk masuk olimpik

yg team msia ni merabiskan duit kerajaan, dah femes mula la perangai poyo
Quote Suchi 14-8-2024 12:31 PM
dua_chzy replied at 14-8-2024 11:08 AM
Dia dah jadik jutawan gais.

https://www.kosmo.com.my/2024/08/13/atlet-miskin-menang-emas-di-olimpik ...

Betul tu tp tak ramai yg faham
Ada ke org dtg olimpik sbb nak kalah?
Semua dtg nak menang ler, sbb tu sampai nangis2 teruk bila berlaku kesilapan itu ini

Semua org tau bila menang dijulang bila kalah dibuang so pilih la nak yg mana.



Quote dua_chzy 14-8-2024 12:34 PM
Suchi replied at 14-8-2024 04:31 AM
Betul tu tp tak ramai yg faham
Ada ke org dtg olimpik sbb nak kalah?
Semua dtg nak menang ler, sbb ...

Jangankan Olimpik, takat suka sekolah bodo2 pun hada peserta nangis2 bila kalah...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.202782 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top