Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meluahkan rasa teruja apabila ‘crush’ yang diminati mula mengikutinya di akaun TikTok. Menerusi perkongsian di Insta Story, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata selama ini dia hanya ‘stalk’ individu tersebut secara diam-diam, namun tidak sangka individu berkenaan mengikutinya di media sosial. Menurut Shuhada lagi, dia menjerit satu rumah kerana terkejut dan dalam masa teruja. Namun, Shuhada berkata dia takut untuk ‘follow back’ kerana dia hanya meminati individu itu dalam diam. Terdahulu, Shuhada dan Hafidz Roshdi sah bercerai pada 27 Julai 2023. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Umairah dan Umar.
SUMBER: Rotikaya |
ADVERTISEMENT